Assalam
Semalam, seperti yang saya cadang, alhamdulillah dapat ke Lenggeng dan kemudiannya ke Sri Menanti, lepak-lepak bersama sang suami dan si bongsu. Hari tak hujan walaupun agak redup.
Okeylah, hari ini saya nak sembang-sembang dengan anda yang selalu follow dan menyinggah di sini. Ada sesuatu yang sangat dekat dengan hati saya. Apa yang saya katakan ini adalah berkaitan dengan 'barang' atau 'benda'. Sejak kecil lagi, selain daripada membaca, saya sangat suka dengan apa-apa yang wangi dan indah. Sebab itu mungkin saya suka pada bunga, cantik dan indah serta wangi. Saya suka ke taman-taman. Saya memang tak boleh tidur kalau saya tak cukup wangi... hehe. Malah, di siang hari pun sekalipun tak ke mana-mana, saya tetap mahu berwangi-wangi. Saya rasa best bila saya berada dalam keadaan yang wangi.
Oleh kerana itulah saya suka pada segala produk yang wangi dan sejak kebelakangan ini saya suka pada semua yang jenis organik dan herba. Ke mana saya pergi pun, saya suka beli 'perfum', produk krim kulit, produk mandi-mandian dan apa sahaja yang berkaitan dengan 'wangi' dan 'indah'. Malah, kalau ke kamar tidur dan bilik air saya, memang penuh dengan semua produk ini. Saya ada bermacam-macam koleksi minyak wangi dan produk kecantikan yang lain yang ada kaitan dengan wangi.
Siapa yang dekat dengan saya memang tahu akan hal ini. Saya tak berapa kisah sangat dengan benda-benda lain, tapi yang ini memang saya gemar dan kerana itu juga saya selalu dihadiahkan dengan 'benda2' ini hinggakan saya mempunyai banyak koleksinya. Orang kata saya sangat senang bermewah dengan produk-produk ini. Lepas mandi sahaja, macam-macam yang saya guna untuk diri dan ini sangat menyenangkan hati saya.
Okeylah, sekadar berkongsi rasa dengan anda yang saya sayang.
Wassalam.
