Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, May 11, 2015

Bukan Semua Lelaki

Assalam

Saya dan keluarga bukan jenis suka celebrate-celebrate, tapi kadang-kadang kami meraikan juga hari-hari tertentu. Bagi anak-anak saya, hari-hari adalah hari ibu kerana sebagai anak, kita sepatutnya menyanyangi ibu kita dan sebagai ibu, kita juga wajib mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak kita kerana itu adalah anugerah Allah swt buat kita.

Tetapi, pada realitinya memang ada ibu-ibu yang tak ambil berat tentang anak-anak. Ketika anak-anak kecil, memang ada ibu-ibu yang suka menyusun suami, tapi dengan anak-anak mereka tak ambil peduli. Memang ada jenis wanita yang suka kahwin sana-sini, anak-anak dibiarkan jadi tanggungjawab orang lain. Tapi bila anak-anak dah besar, mereka mahukan anak-anak menghormati mereka. Biasanya bila dalam keadaan begini, pasti anak-anak pun tak mahu ambil tahu. Sayang sekali!

Saya memang dah lama kenal S. Dia dibesarkan oleh ayah yang berkahwin lain. Mereka terkapai-kapai kerana ibu mereka tak ambil kisah pun dan malangnya ibu tiri juga sangat kasar pada mereka. Sekarang ini S dan adik-adiknya dah besar panjang. S dah bekerja dengan jawatan yang bagus. Tahu-tahu ibu mereka datang menghimpit. S belajar untuk menghormati ibunya kerana baginya ibu tetap ibu. Tetapi malangnya, ibu mereka tak pernah mengerti. Mahukan hormat anak, tapi tak tahu sayang anak! Memang malang.

Okeylah, biar saya kembali kepada tajuk entri ini. Baru-baru ini saya mendengar pengakuan seorang selebriti yang pada asalnya mahu minta cerai daripada suami, tetapi berubah fikiran kerana setelah mengambil beberapa tempoh yang diperlukan, mereka suami isteri berbaik semula. Kata si suami, dia adalah seorang khalifah buat keluarganya. Bila ada masalah dalam rumah tangga, bermakna sebagai khalifah dia perlu menanggung segala kesilapan dan beban, tak kiralah sama ada salah itu ada pada isteri atau pada dirinya sendiri. Sebagai ketua, dia perlu mencari jalan untuk selesaikan, bukan mencari jalan untuk bercerai.

Bila mendengar pengakuan seorang suami seperti itu, saya sebagai seorang wanita, tabik hormat padanya, kerana bagi saya seharusnya lelaki semuanya begitu. Kalau ada masalah dalam rumah tangga, seharusnya mencari jalan untuk selesaikan kerana sebenarnya dalam dunia ini lebih banyak lagi masalah berat yang lain yang sedang menimpa orang lain. Kalau suami isteri tidak duduk berbincang, tidak meluahkan masalah yang sedang berdepan, pasti akan ada orang lain yang ambil peluang dan ruang untuk meruntuhkan rumah tangga yang dibina. Wallahuaklam.

Sebenarnya kalau lelaki yang bergelar suami merupakan insan berani dan beriman, maka mereka akan bertindak sebagai khalifah untuk selamatkan rumah tangga, apatah lagi rumah tangga yang dah lama dibina. Dalam keadaan di mana sang suami mungkin tak mahu isteri yang dinikahinya, maka tiada jalan lain... putuslah sudah. Dalam kes di mana suami yang mahu bercerai kerana sebab-sebab tertentu, terpaksalah isteri terima. Dalam kes di mana isteri minta cerai, suami kenalah ambil berat dan ambil tahu kerana mungkin apa yang berlaku adalah kerana silap dan salah suami juga.

Pun begitu, tak ramai lelaki yang begitu, yang sanggup bertanggungjawab sebagai khalifah buat keluarganya.

Kalau kita sayang pada keluarga semestinya kita akan mencari jalan untuk pastikan keluarga kita selamat dunia akhirat, tidak kita biarkan keluarga kita huru-hara dan anak-anak tak terbela. Kalau ada apa-apa masalah rumah tangga, pastikan kita 'handle' issue yang menjadi beban, bukan mencari jalan pintas untuk kepentingan sendiri kerana akhirnya nanti kalau kita tidak bijak mengatasi, kita yang akan makan diri. Nauzubilah min zalik.

Wassalam.

PS: Gambar-gambar di bawah ini adalah ketika kami meraikan hari ibu di Bukit Putus bersama si kenit-kenit.

                                                         Dengan si kenit-kenit
                                                                       Taufiq
                                                                      Yusufia
                                                                       Niloufar
                                                                 Niloufar buat muka
                                     Niloufar, Yusufia dan Firas di atas kereta kuda tanpa kuda
                                                                          Nabeehah