Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, June 04, 2015

Ramai-Ramai Buat Kerja Haram!

Assalam

Memang kecoh dengan cerita kezaliman yang berlaku pada puak Rohingya di Sempadan Malaysia. Malah, bagi kita yang prihatin, apa yang berlaku ini sungguh memalukan negara ini. Bayangkanlah, bukan hanya yang kaki gengster terlibat untuk 'human traficking' tetapi kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas untuk negara pun sama macam gengster juga. Nampaknya terlalu ramai manusia tamak haloba yang fikirkan tentang perut mereka sahaja. Bukan sekadar yang mahu jadi kaya raya, tetapi mereka yang biasa-biasa pun terlibat sama tanpa ambil peduli yang mereka sedang melakukan satu kezaliman kepada orang Islam Rohingya.

Tak payahlah kita nak kecohkan konon-konon orang Rohingya ini bukannya baik sangat, kerana sekarang ini memang terbukti memang banyak orang Malaysia yang sama-sama jahat! Nauzubillah. Bila kes dah jadi besar dan satu dunia kecoh, barulah kita kelam-kabut padahal dah ramai yang tahu dan sedar tentang apa yang berlaku sejak bertahun-tahun lamanya. Sungguh-sungguh memalukan! Tak tahu mana nak sorok muka di muka bumi ini, apatah lagi pada Tuhan.

Semalam, saya menghadiri satu forum yang dikendalikan oleh UKM dan mereka berbicara tentang hak puak Rohingya sebagai manusia yang hidup di bumi ini. Rata-rata, apa yang disampaikan oleh pakar dan juga mereka yang berkorban untuk membantu orang-orang Rohingya ini menyentuh hati saya secara total. Seorang wakil NGO telah bercerita apa yang dilihatnya dan pengalamannya dengan mereka yang uruskan orang-orang Rohingya yang teriniaya ini. Kata Cikgu Azmi, ada imam sebuah masjid (dia tidak mahu menyebut nama masjidnya), tidak mahu membenarkan jenazah orang Rohingya disembahyangkan di masjidnya dengan alasan orang Rohingya ini bukan rakyat Malaysia. Terpaksa mereka sembahyangkan jenazah di atas tangga masjid sahaja. Kemudiannya pula mereka tak benarkan jenazah di kebumikan di tanah perkuburan kerana katanya jenazah bukan rakyat Malaysia. Astaghfirullah... saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Bila Cikgu Azmi kata mahu campak sahaja mayat ke dalam tong sampah, mereka kata, "Takkan kot nak buat macam tu?"

Adoii... bila saya mendengarnya saya jadi hairan sungguh-sungguh, kalau dah imam masjid sikapnya begitu, memang tak boleh nak kata apalah kalau yang lain-lain lagi teruk kelakuannya! Secara logik, saya tak tahu nak fikir macam mana lagi. Tapi realitinya memang banyak sungguh orang yang tak punyai akhlak, tak punyai iman termasuklah mereka yang bertopengkan agama!

Sebab itulah aktiviti seperti ini bermaharajalela di Malaysia kerana terlalu ramai sangat manusia yang sanggup beri keluarga mereka makan duit hasil dari wang haram! Orang yang datang kita panggil pendatang haram, tetapi kita pun terlibat sama melalui hasil haram!

Terlalu banyak gengster di negara ini!

Wassalam.