Assalam
Selamat pagi semua, semoga semangat kita sentiasa tinggi untuk jalankan tugas harian, tak kisahlah anda berada di mana. Jangan asyik berangan-angan, asyik tidur atau asyik berdendam. Huh! Tak mau, tak mau!
Okeylah saja nak bercerita pada anda semua bahawa saya sedang berusaha keras untuk hasilkan cerita-cerita melalui digital tetapi digital interaktif. Saya pasti ini merupakan satu kelainan namun akan menjadi menarik insyaa-Allah terutama bagi mereka yang mahukan kelainan membaca. Setakat ini saya dah siapkan tujuh cerita. Niat nak tambah lagi. Salah satu akan diedarkan secara percuma.
Ramai yang bertanya cerita 'Buah Hati Meera' dalam koleksi digital di platform e-sentral https://www.e-sentral.com/search/byid/1713/buah-hati-meera tu tak mahu disambungkan ke? Insyaa-Allah saya akan cuba okey. Untuk sambung lah...
Okeylah... nak bersembang tentang judul entri saya ni. Ini kisah seorang minah. Kawan sayalah yang bercerita ni. Minah ni dah berumur juga, bukan wanita muda, cuma dia ni jenis perasanlah... mungkin dendam lama tak habis lagi.
Dulu dia pernah berkahwin tetapi suaminya tinggalkannya untuk berkahwin dengan orang lain. Memanglah dia marah, siapa tak marah, kan? Tapi dah lama dah kot. Patutnya dia bangun dan berdirilah di atas kaki sendiri untuk menapak ke hadapan. Ramai yang lagi teruk kot, tapi survive well apa. Malangnya dia ni tak macam tu pulak. Dia cubalah cari pakwe sana-sini (lupa yang umur dah mula lanjut, bukan muda lagi ni), tapi malangnya tak menjadi-jadi. Akhirnya kerana melampau desperate, minah ni pun rembatlah suami orang. Lepas tu dia yakinlah yang hidupnya akan cemerlang dan gemilang, maklumlah dapat status 'kekasih gelap', jumpa sekali-sekala. Memanglah seronok beb! Tu yang minah yakin sangat tu.
Tiba-tiba rahsia terbocor, minah telah dicampak begitu sahaja. Puaslah minah ni pujuk agar dia tidak ditinggalkan buat kali kedua. Rugi, beb sebab minah dah kira-kira dan dah pun pasang angan-angan. Boleh dapat macam-macam. Tapi malangnya memang tak menjadi.
Dari berstatus gelap, minah dah masuk status 'meroyan'. Biasanya orang lepas beranak yang nak meroyan pun, takkan minah ni kot!
Mungkin sebab double sakit hati. Dulu sekali, ini sekali lagi. Memang dia marah gilerlah dan mengenang nasibnya yang asyik ditimpa malang. Tapi kawan yang bercerita tu berkata juga, "Minah tu lah yang salah kot. Kuat sangat perasannya. Dulu ada laki, tak jaga pun, duk sibuk entah apa-apa. Lepas tu nak rembat laki orang pulak. Macam tak ada kerja lain pulak. Dah tu... nak buat cara rahsia, macam seronok sangat, lupa yang awak bukannya muda pun. Sekarang ni... aku pun tak tahu nak cakap, tapi memang sah dia dah jadi meroyan. Tapi aku masih kata yang itu memang salah dia sendiri kot."
Mungkin memang elok kalau sebelum kita lakukan sesuatu (sekalipun desperate), kita fikir masak-masak agar jangan nanti ia akan memudaratkan hidup kita. Baik sihat-sihat dah jadi macam meroyan pulak. Sebagai wanita, kita mesti ingat yang Allah swt memberi kekuatan yang berbeza buat kaum wanita. Kita mampu lakukan banyak perkara (multi tasking) dan tak semestinya kita perlu bergantung pada lelaki. Relakslah beb, tak payah pusing-pusing! Kalau dah memang nasib kita begini, beginilah jadinya. Yang penting, kita cubalah perbaiki apa-apa yang kurang pada diri. Sangat penting untuk kita kembali ke jalan yang lurus, mendahului Tuhan maha esa melebihi segala benda, sekalipun hutang kita di sekeliling pinggang!
Wassalam.
Cilok dari Internet