Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, June 02, 2015

Jangan Kedekut Sangat

Assalam

Dari pagi hingga ke tengah hari, kami di Lenggeng kerana ada urusan. Sejak kebelakangan ini, saya sering sibuk, bukan sekadar kerana kerja menulis, tetapi banyak sangat urusan peribadi. Namun alhamdulillah, Allah swt berikan tenaga dan inspirasi.

Tadi, saya mendapat info tentang seorang wanita yang bekerja dengan salah seorang kenalan saya dan wanita berkenaan mempunyai dua orang anak yang OKU. Kebetulan salah seorang jatuh dan dimasukkan ke hospital. Kesian betul melihat keadaannya. Yang pasti, si ibu pula perlukan bantuan orang ramai dalam bentuk kewangan untuk meringankan bebannya.

Seelok-eloknya, kita yang mempunyai keupayaan, hulur-hulurkanlah di mana perlu. Malah, tak payah kaya pun tak apa kerana sedekah semestinya membawa hikmah buat sipemberi. Bukan sekadar mendapat ganjaran di akhirat nanti, tetapi di mana yang patut, Allah pasti ringankan dosa kita. Semoga kita tak menjadi manusia yang bakhil dan kedekut. Jauh lagi baik bagi kita menghulurkan bantuan kepada ibu yang begini, semestinya sangat memerlukan bantuan kita, kalau dibandingkan dengan ibu yang sengaja meminta di sana sini sekadar untuk mendapat keselesaan hidup dari segi material.

Memang ada ibu-ibu di luar sana yang mahu cari jalan mudah untuk mencari wang dan keselesaan. Ada ibu yang sanggup jual maruah untuk jadi cepat kaya. Ini adalah kes malang sebenarnya.

Namun, memang layak buat ibu yang memerlukan bantuan seperti cerita yang saya sampaikan di atas tadi. Bayangkanlah kalau kita mempunyai dua orang anak-anak OKU, semestinya banyak belanja dan keperluan yang perlu ditampung.

Semoga kita membuka hati dan jiwa untuk bersedekah dan menginfakkan harta kita di mana-mana yang kita mampu dan perlu. Allahuakbar.