Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, June 24, 2013

Merasuk Fikiran



Assalamualaikum dan selamat menyambut Nisfu Syaaban.

Saya memang suka melihat atau membaca apa-apa sahaja yang baru kerana saya percaya, mungkin ada ilmu yang dapat saya kutip kalau saya rajin mencari. Pun begitu, dalam dunia hari ini dan kecanggihan yang ada di luar sana, kita seharusnya kena berjaga-jaga kerana bukan apa sahaja yang baru itu adalah ilmu yang baik. Kadang-kadang, mampu merosakkan apa-apa sahaja yang ada pada diri.

Saya nak bercakap tentang beberapa video klip yang saya tengok di saluran You Tube (dibuat oleh rakyat Malaysia), ada tu saya rasa memang sangat merosakkan terutama bagi generasi muda yang tak banyak pengalaman. Memang ramai yang suka masuk dan menonton, malangnya ada video-video klip ini memaparkan perkara-perkara yang mengejek dan mengata-ngata, malah ada juga yang mempersendakan isu agama. Bagi mereka, elok kalau segala-galanya yang ada di dunia ini kita anggap seperti biasa-biasa sahaja bukan sesuatu yang berat untuk kita fikirkan. Kadang-kadang, apa yang mereka cuba sampaikan itu sangat benar, tetapi ada kala ia sekadar merupakan sesuatu yang mereka andaikan sahaja, atau apa yang mereka faham atau tafsir. Inilah yang akan memunahkan fikiran orang lain yang suka ikut-ikut, tanpa mempunyai keupayaan untuk berfikir. Apa sahaja yang ada, mereka main terima sahaja. Bagi saya, ini sangat bahaya!

Jadi... biarlah kita jadi orang yang bijak untuk berfikir, bukan main suka-suka tengok dan terima membabi buta, kerana kita jangan lupa, memang terlalu ramai yang sedang mencari kesempatan untuk merasuk fikiran kita. Nauzubillah.