Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, February 05, 2015

Wanita Adalah Komplimentari Buat Lelaki

Assalam

Hari ini memang saya lambat update blog kerana awal pagi lagi saya dan suami, kami telah ke Lenggeng. Saya bawa kereta sendiri dan suami saya membawa keretanya. Setelah selesai urusan, saya pulang ke rumah dan suami terus ke tempat kerjanya. Alhamdulillah, setiap kali saya ke tapak tanah kami di Lenggeng, saya amat bersyukur di atas nikmat anugerah Ilahi. Walaupun belum ada apa-apa yang konkrit lagi, namun kemudahan dan kesempatan yang Allah hadiahkan ini sangat kami syukuri.

Kebetulan juga, saya melihat sebuah program tentang kedudukan wanita dalam dunia ini. Walaupun biasanya lelaki yang kelihatan dominan, namun peranan wanita sentiasa menjadi penting. Malah, kehadiran wanita sebenarnya mampu untuk menjadi komplimentari buat sang lelaki yang menjadi pasangannya. Tanpa wanita, hidup mereka bagaikan tak 'complete'. Pun begitu, ada ketika, ada juga terjadi di mana kehadiran wanita mampu 'melingkupkan' hidup sang lelaki. Namun hari ini, saya malas nak bercerita tentang hal itu. Biar kita fokus pada perkara yang lebih positif.

Wanita yang baik buat lelaki, adalah wanita yang sentiasa menyokongnya terutama ketika sang lelaki dalam keadaan yang terumbang-ambing, belum stabil lagi. Dalam hidup, semestinya kita bermula di tahap yang rendah, tidak tiba-tiba sahaja berada di atas. Kalau kita sebagai wanita mahu masuk ke dalam hidup mereka yang sudah berada di atas, biasanya kehadiran wanita itu barangkali tidak ikhlas dan tidak jujur. Tetapi kalau wanita hadir sejak 'dia' tiada apa-apa dan banyak pula pengorbanan yang perlu sang wanita hulurkan agar sang lelaki tadi berjaya, semestinya segala titik peluh terbina daripada keikhlasan hati. Yang pasti, sang wanita menjadi 'komplimentari' sang lelaki.

Di belakang kejayaan seorang lelaki, semestinya ada pengorbanan seorang wanita dan pengorbanan itu semestinya dihargai. Kalau tiada semangat untuk menghargai, maka pasti muncul satu kegagalan dan kekecewaan.


Wassalam.


PS: Sebab itulah banyak isteri yang diberi komplimentari kad kredit oleh suami-suami mereka... hehe... untuk joli-joli!