Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, August 19, 2015

Benci Dalam Sayang

Assalam

Memang sah bukan judul novel. Judul cerpen pun bukan, sekadar membawa judul untuk entri kali ini.

Pernah tak jadi pada anda? Anda sayang seseorang itu, tetapi kerana mungkin tabiat buruknya, atau mungkin kelakuannya, atau mungkin kerana latar belakangnya ke atau mungkin apa sekali sebabnya, anda sayangkannya tetapi dalam masa yang sama anda juga menyampah atau rasa benci padanya!

Kes seperti ini memang sangat sukar diatasi. Jiwa dan hati mungkin terbelah-belah antara sayang dan benci. Bertambah  buruk jadinya kalau anda terpaksa membuat pilihan, antara mahu tunggu atau mahu blah!

Ada ketika anda jadi bosan dan rasa macam nak blah aje, tapi ada ketika mungkin rasa sayang tu masih melekat lagi, jadi anda pun tunggu dan masih terfikir-fikir.

Ada ketika perasaan ini ada pada kita tentang kawan yang mungkin rapat dengan kita. Memang kita sayang dia tapi ada ketika kita rasa menyampah kerana kawan kita mempunyai kerenah yang menyakitkan hati kita. Tapi kita terus sahaja berkawan dengannya kerana kita juga tahu yang kawan kita itu 'most of the time' sangat setia pada kita.

Apa-apa perhubungan pun, kesetiaan itu sangat penting dan 'setia' dapat mengatasi pelbagai kerenah dan kelakuan 'jengkel' lain yang mungkin menjelakkan kita.

Ada seorang kawan saya bercerita pada saya. Katanya, "Kadang-kadang aku rasa menyampah dengan suami aku ni. Rasa macam malas nak jadi isteri dia lagi. Tapi aku masih rasa kesian dan mungkin rasa sayang tu masih ada kot. Kalau ikutkan rasa sakit hati... memang aku blah aje... tapi bila datang rasa kesian... aku tunggu aje. Aku berdoa pada Tuhan agar hati aku jadi lembut untuk terima dia seadanya."

Iya betul, mungkin dalam banyak keadaan dan hal untuk teruskan kehidupan, kita terpaksa terima orang yang kita sayang 'seadanya' walaupun kadang-kadang kita benci dengan tabiat buruknya atau kelakuannya yang mungkin mampu untuk menyakitkan hati kita. Ada ketika kita terpaksa kawal rasa sakit di hati kerana dia 'kurang sensitif' dengan perasaan kita tetapi kita tahu yang dia sangat sayang pada kita.

Itulah pengorbanan agaknya untuk menerima orang lain yang kita sayang walaupun ada benda-benda yang membuat kita benci dan sakit hati!

Semoga Allah swt lembutkan hati kita semua. Aamiin.

Wassalam.