Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, May 07, 2012
Dengki Dan Sumbang Mahram
Salam
Salah satu benda yang dibualkan ketika Pesta Buku ialah kenapa tahap Ph.D (perasaan hasad dengki) orang Melayu sangat tinggi? Kerana sifat itukah kita sedang melihat satu keadaan yang lemah buat orang Melayu terutama dalam hal bisnes? Aduhai... susah nak kata kan? Iyalah, siapa yang nak kata bahawa dirinya ada perasaan hasad dengki yang tinggi, kan? Semua tak mengaku sekalipun memang perasaan itu mungkin wujud dalam diri.
Apa salahnya kalau kita kongsi ilmu, termasuk tentang hal menaikkan taraf bisnes orang Melayu? Malangnya, dalam hal yang macam ini memang payah kita nak jumpa orang yang mudah 'relaks' dan okey aje untuk kongsi pengetahuan. Jangankan nak kongsi, nak bunuh adalah! Huhu... takut beb, tapi inilah realitinya. Kerana sifat itu jugalah banyak yang rugi. Mana ada untungnya kalau kita berdengki dengan orang lain, jangankan nak untung, malah akan jadi rugi. Bila kita dengki, orang lain pun jadi benci. Last-last kita rugi kerana orang lain dah tak peduli. Tak percaya tanyalah diri, apa yang saya kata ni betul ke tidaknya.
Satu lagi kisah yang diceritakan oleh pembaca, ialah tentang kandungan novel yang ada unsur-unsur sumbang mahram. Huhu... saya terkejutlah jugak bila dengar kisah macam tu. Kata mereka, macam manalah novel macam tu boleh terlepas kat pasaran, macamlah tak cukup dah kisah yang macam tu dalam dunia harian kita, nak dedahkan lagi seolah-olah kita menggalakkan masyarakat kita untuk terus praktis cara hidup yang begitu. Susah nak cakaplah kan, tapi saya percaya sebagai penulis kita seharusnya mempunyai tanggungjawab yang tinggi pada masyarakat, tak bolehlah main tulis apa saja buat suka-suka atau nak tarik perhatian, sedangkan kita sedar sumbangan kita itu akan mengajar orang lain untuk lakukan perkara yang tak elok dan menggalakkan sumbang mahram.
Bagi yang tak tahu apa itu sumbang mahram, ia adalah keadaan di mana berlaku perkara 'sumbang' antara mereka yang ada kaitan darah, seperti ayah dan anak perempuan, abang dan adik perempuan, bapa saudara dengan anak saudara perempuan. Perkara-perkara seperti ini adalah haram dan kerana itu, kita kena pastikan ahli keluarga kita sentiasa tidak terdedah dengan kedaan di mana mampu berlaku 'sumbang mahram'.
Okeylah. Esok saya tulis lagi... kisah lainlah pulak.
Wassalam.
Canggih Kot, Baca Pukul 3.00 Pagi Guna iPad!
Salam
Dah ramai yang berani mencuba untuk baca novel baru saya melalui iPad! Canggih tu. Tapi memang ramai yang terpesona melihat kecanggihan membaca ebook melalui tablet. Alhamdulillah. Jom kita cuba lagi. Jadilah orang yang up todate dan canggih.
Tak Terucap Dengan Kata-Kata
Salam semua
Alhamdulillah, dalam mood yang ceria ini, sekalipun terasa letih, tetapi hati saya bahagia. Selama sepuluh hari, saya dihiburkan dengan kunjungan, pertemuan, perbualan, peluk dan cium pembaca-pembaca saya, yang datang dari dekat dan jauh. Hanya Tuhan yang tahu betapa saya rasa terharu dan dari situlah datangnya semangat yang berkobar-kobar, mahu menulis lagi dan terus menulis lagi. Pembaca dan penyokong saya sentiasa beri inspirasi terutama mereka yang rajin bercerita itu dan ini. Belum baca lagi novel terbaru saya ada yang sudah bertanya bila novel akan datang akan keluar lagi. Ya Allah, kata-kata beginilah yang buat saya turut kelam-kabut nak menyediakan novel terbaru lagi buat pembaca-pembaca saya.
Sememangnya saya rasa sungguh bahagia bertemu dengan pembaca saya, tak kira tua atau muda dan biasanya juga, mood saya kekal muda dan ceria kerana anda yang sayangkan saya ini. Sekali lagi saya katakan hanya Allah SWT yang tahu betapa seronoknya saya hinggakan saya terlupa pada segala yang memenatkan tubuh badan saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang datang dari jauh (Juga yang dekat), dari Brunei, Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang (semua pelosoklah) dan juga Indonesia. Kepada orang-orang Perak terutama orang Kuala, inilah kata saya, "Teman memang gemo bebeno nengok koma semua. Chayalah!"
Sebenarnya saya tak terucap dengan kata-kata.
Bagi mereka yang suka dengan novel terbaru saya Pukul 3.00 Pagi, doakan agar saya mampu untuk terus menulis lagi. Pesta Buku sentiasa membuat mood saya baik. Bila free, saya akan tulis lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)