Di Malaysia, masing-masing sibuk bercerita tentang banjir besar di Pantai Timur dan negeri-negeri lain, terutama tentang negeri Kelantan. Macam-macam teori tentang banjir besar dan macam-macam komen yang dikaitkan dengan musibah banjir ini. Bagi saya, saya terima keadaan musibah ini dengan hati yang terbuka tanpa mahu membuat apa-apa teori kerana tak pasti akan mendapat jawapan yang tepat. Tapi saya percaya, pasti juga ada kaitan dengan kelemahan manusia. Pasti ada yang tamak di sana sini, yang mahu cepat kaya tanpa fikirkan tentang 'nature'. Jadi bila 'nature' dinodai, maka akan menangislah ia. Apa-apa pun, kita wajib terima musibah itu datangnya dari Ilahi, maka kita manusia bertawakallah. Begitu juga dengan kehilangan dan kejatuhan kapal-kapal terbang kepunyaan bisnes negara ini. Pasti Allah mahu kita semua tidak jadi manusia bongkak, tetapi jadilah manusia yang rendah diri, yang jejak kakinya di bumi nyata.
Kadang-kadang, dalam keadaan kita manusia yang serba kekurangan dan serba kelemahan, memang sangat mudah untuk mengeluar kata-kata yang mungkin menyinggung hati orang lain. Begitu juga ketika kita merantau dan melawat negara orang, ada di antara kita sangat mudah menghukum orang lain, termasuk merasa hina pada orang lain, tetapi begitu bangga pada diri sendiri kerana menjadi orang Muslim Melayu di negara Malaysia. Ah! bagi saya, tak usahlah kita buat begitu kerana sebetulnya, sekalipun kita rasa diri kita hebat dan serba tahu, kita masih tak layak untuk menghukum orang lain sebagai manusia jahil hanya kerana orang lain itu tidak seperti kita dan tidak buat apa yang kita buat.
Sekadar bercerita untuk dijadikan pengajaran, ada seseorang yang saya anggap sebagai orang yang kuat ilmu agamanya. Baru-baru ini dia ke negara Turki dan komennya pada kami, "Kesiannya orang kat negara tu... mereka tak ada ilmu agama. Mereka masih hidup dalam dunia jahil. Beruntungnya kita jadi Muslim di Malaysia kerana kita jauh lagi banyak ilmu kerana tak putus-putus kita didedahkan dengan majlis ilmu." Subhanallah, saya sedih mendengar komennya kerana bagi saya terlalu mudah dia menghukum orang lain hanya kerana matanya kata begitu.
Okeylah... mungkin kita cuba jadi manusia yang mengamalkan ilmu yang ada sebaik mungkin, kerana ilmu kalau ada sekalipun tetapi tidak diguna dengan penuh kebaikan, mungkin tidak membawa kebaikan yang banyak untuk kita. Kalau kita sentiasa merasa bahawa kita ini berada di langit biru dan orang lain berada di lembah yang kotor, mungkin elok kita bukakan hati dan jiwa kita untuk merendahkan diri dan budi. Allahuakbar!
Saya letakkan beberapa gambar yang kami ambil ketika berada di Jakarta baru-baru ini.
Wassalam.
Kamar kami di hotel di Jakarta
Kita tak swimming pun
Dia orang ni yang swimming
Depan hotel kami
Makan-makan di Djakarta Cafe
Makan di Blok M
Makan-makan ni Nona Manis di Kemang Village bersama famili Suzy
Di Nona Manis, Restoran makanan tradisional Indonesia bersama Abby dan Hibshi
Di lantai kamar-kamar kami di hotel
Di hotel kami ketika ready nak pergi majlis perkahwinan
Di Tempat majlis perkahwinan Noulah dan Dr. Haris di Jakarta
Pengantin Noulah dan Dr. Haris
Noulah dan Haris
Di Majlis perkahwinan
Ketika di lobby bersedia nak pergi shopping
Ambil foto bersama pengantin
Dengan family Bandung
Kaum kerabat di Jakarta dan Bandung
Bersama Menteri Pelajaran Indonesia, Anies Basweedan (kebetulan merupakan ahli keluarga kami di Jakarta)
Di Wowzania, tempat main budak-budak di Kemang Village
Shopping di Blok M
Di Djakarta Cafe
Di airport
semasa majlis perkahwinan







