Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, July 05, 2013
Balik Kuale!
Assalam
Semalam, saya agak kesibukan. Itu yang tak sempat nak sambung cerita. Mungkin Isnin nanti saya akan sambung cerita tentang S.A., sebab hari ini, in syaa Allah saya akan pulang ke kampung, ia itu ke Kuala Kangsar, Perak Kami adik beradik akan berkumpul di sana buat pertama kalinya. Dijangka sekitar 82 orang akan hadir dalam perjumpaan 3 hari dua malam ini. Pelbagai aktiviti sudah disediakan oleh pihak penganjur, ia itu adik saya, Fikri. Kami terpaksa duduk di dua tempat, satu di rumah rehat dan satu lagi di Lakeside Resort, sebab tak muat di satu tempat sahaja. Rumah kampung kami memang dah lama tak ada, yang ada hanya tapaknya sahaja. Tentu sekali masih ada kampung.
In syaa Allah, kami akan ke pusara Allahyarham ayahnda kami dan kerabat yang lain yang dikebumikan di situ. Kami juga akan ke sebuah sekolah agama, kemudian ke Ulu Kenas (tempat lepak kami adik beradik semasa budak-budak dulu). Kami akan meronda naik bot di Sungai Perak, dan macam-macam aktiviti yang lain. Semoga perjumpaan ini akan mengukuhkan silaturrahim kami sekeluarga besar. Kalau nak tahu, masih ada ramai lagi ahli keluarga kami yang tak hadir kerana tak berkesempatan dan juga kerana jarak yang jauh.
Semoga kami mendapat keberkatan Allah SWT, in syaa Allah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


