Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, December 05, 2012

Kawan Ke Lawan?


Salam,

Sekali lagi saya nak bawa kisah kawan. Dalam hidup kita ini, kita akan bertemu dengan macam-macam karakter yang mungkin kita anggap sebagai kawan, tetapi secara jujur biar saya katakan di sini, bukan semua kawan itu adalah benar-benar kawan kita. Ada tu, mereka datang dan kemudian hilang terus dari hidup kita. Ada kala, beria-ia dia mahu jadi kawan kita, tetapi bila terjadi sesuatu, mereka akan hilang bak embun pagi bila kena cahaya mentari.

Ada kawan yang hadir dalam hidup kita kerana mahukan sesuatu daripada kita. Mula-mula tu, bukan main baik lagi. Hantar mesejlah, hantar emel lah, datang berjumpalah dan macam-macam lagi. Lepas tu, tahu-tahu dia sudah menjauhkan diri lalu terus 'berkata-kata' tentang kita di belakang kita!

Kadang-kadang, memang kita terasa hati dengan kawan-kawan yang baik dengan kita. Tetapi biasanya, kalau betul-betul mereka itu merupakan teman kita, mereka dan kita juga akan mencari jalan untuk memperbaiki keadaan, lalu berbaik semula. Namun begitu, bagi mereka yang hadir secara 'artificial' dalam hidup kita, tak mampu membuat kita rasa mahu berbaik dengannya.

Ada ketika, kita berdepan dengan masalah. Tak kisahlah masalah apa. Semasa itulah kita akan tahu siapa kawan-kawan kita yang sebenarnya. Biasanya, kalau berkawan dari hati yang murni, kita akan terus berada di sisi kawan, tak kira apa jua masalah yang dihadapinya. Di mana patut, kita membantu dan memberi sokongan.

Paling menyakitkan kalau kita dapat kawan yang berlagak seperti kawan, tetapi sebenarnya dia adalah lawan! Musuh dalam selimut. Sekadar berbaik dengan kita kerana sebab-sebab tertentu yang menguntungkannya. Nauzubillah, semoga Tuhan jauhkan mereka yang begini daripada hidup kita.

Wassalam.