Assalam
Hari Selasa dan biasanya pada hari Selasa bagi yang suka malas-malas tu, hari Selasa lebih baik moodnya. Kalau hari Isnin memang biasa kita dengar orang ambil MC terutama lepas cuti panjang. Ada-ada sahaja alasan untuk ponteng. Tapi bagi yang rajin, tak kira hari apa, bila-bila masa sahaja dah ready untuk bertugas.
Sebenarnya kalau kita menghargai masa dan rezeki Allah berikan pada kita, semestinya kita tidak merungut-rungut tentang tugasan harian kita. Kita tak akan jadi manusia yang malas. Tapi kalau kita jenis manusia yang tak tahu untuk menghargai nikmat Tuhan ini, tentu sekali 'merungut dan kompelen' menjadi budaya kerja kita. Yang mendukacitakan ialah kita tak akan rasa senang dan tak akan rasa seronok. Buat apa pun semuanya tak kena. Tak ada barakah.
Bagi seorang isteri yang bekerja, biarlah fokus pada kerja dan untuk mencari rezeki, jangan fokus pada 'material' dan tentu sekali jangan ganggukan minda dengan tabiat untuk 'tergedik-gedik'. Ingatlah pada suami, pada tanggungjawab dan kalau ada anak-anak, ingat pada anak-anak. Buat si suami pula, ingatlah pada pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan anak-anak, yang bertanggungjawab untuk pastikan rumah tangga terurus. Kalau ada kekurangan, jangan jadikan alasan untuk ubah fokus kerana semestinya sebagai manusia, kita tidak mahu perkara yang sama dilakukan kepada kita. Bila kita sedar yang kita sedang melakukan sesuatu yang luar dari biasa, pastikan kita juga sedar yang kita tidak mahu dilakukan begitu kepada diri kita. Semoga kita akan kembali ke jalan yang benar, insyaa-Allah.
Kadang-kadang memang begitulah kehidupan kita. Kita mudah hilang fokus walaupun kita sebenarnya tahu apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Semua orang mencari kebahagiaan. Namun dalam mencari kebahagiaan dunia, pastikan kita juga menyediakan kebahagiaan untuk akhirat nanti. Kerana itulah kita tak mampu untuk melakukan kesilapan dan kesalahan semasa di dunia yang akan membawa keburukan untuk akhirat kita.
Jaga fokus kita, jangan sampai tersilap dan tersalah langkah. Sangat mudah untuk lari dari fokus apatah lagi kalau ada 'syaitan' dan Iblis yang datang mengganggu. Paling gerun kalau syaitan datang bertopeng sebagai orang yang beriman, kita lagi mudah untuk masuk dalam perangkap mereka. Kerana itulah kita jangan larikan fokus daripada Allah taala. Buat apa pun di dunia ini, biarlah kita lakukan kerana Allah dan niat itu sentiasa ada dalam diri.
Wassalam.
Fokus ke mana kita nak pergi