Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, May 15, 2014

Apa Makna Remorse?

Assalam

Pernah tak anda dengar perkataan 'remorse'? Mungkin ramai yang tak tahu menatang apa perkataan 'remorse' ni. Ia adalah perkataan Inggeris yang membawa maksud, 'menyesal teramat sangat'. Jom kita google dan mungkin kita jumpa maksud 'remorse' ni.

Remorse is an emotional expression of personal regret felt by a person after they have committed an act which they deem to be shameful, hurtful, or violent. Remorse is closely allied to guilt and self-directed resentment. When a person regrets an earlier action or failure to act, it may be because of remorse or in response to various other consequences, including being punished for the act or omission. 


Untuk menjelaskan lagi, mungkin kita boleh katakan bahawa remorse ini ada kaitan dengan perasaan atau emosi seseorang kerana sesuatu tindakan yang pernah dia lakukan dan tindakan itu sebenarnya memalukan dirinya, mungkin juga dia rasa bersalah dan berdosa di atas tindakan yang pernah dia lakukan itu. Kerana itulah, dia menyesal teramat sangat. Kalau boleh waktu dibelakangkan, pasti dia mahu berpatah balik dan tidak melakukan kesilapan itu! Aduh... pasti sangat menyakitkan, kan? Mungkin ketika dia melakukan tindakan yang memalukan itu, dia tidak sedar, atau mungkin dia dirasuk teman-teman atau syaitan, dan tanpa sedar, dia sangkakan perkara yang dilakukan itu tidak akan memudaratkan hidupnya.

Manusia memang begitu, tak pernah lekang daripada melakukan kesilapan. Namun, Allah SWT akan mengampunkan kita kalau kita betul-betul menyesal di atas perbuatan dan kesalahan yang pernah kita lakukan itu. Masya-Allah.

Semoga kita sentiasa rajin muhasabah diri dan rajin perbetulkan segala kesilapan yang kita lakukan dalam hidup kita ini. Subhanallah.

Kata orang, biasanya selepas hujan ribut dan petir yang memanah, akan ada pelangi yang berwarna-warni untuk menghiasi langit. Semoga kita dapat melihat pelangi yang indah itu. Masyaa-Allah.

Wassalam.



Mai Mai... Jom Pergi Chiangmai...


Assalam

Esok saya masih di sini lagi, tetapi lusa, saya dan famili akan ke Chiangmai, Thailand Utara. Saya tak pernah ke sana walaupun suami saya pernah ke tempat itu suatu ketika dahulu, ketika dia masih seorang pensyarah di UPM. Kali ini, kami akan ke sana selama lima hari dengan anak-anak dan anak-anak mereka. Malagnya anak saya Irfan dan keluarganya tak dapat ikut sekali kerana isterinya sedang menunggu hari untuk melahirkan seorang lagi anak mereka.

Apa pun, tujuan kami ke sana ialah untuk berehat-rehat dan mungkin nak bawa si kenit-kenit tu naik gajah. kata orang, di Chiangmai memang banyak gajah dan banyak juga kumpulan etnik. Saya memang suka sangat-sangat. Dah lama teringin untuk ke sana, tetapi setiap kali kami merancang, ada-ada yang menghalang. Kali ini, insyaa-Allah kami akan ke sana beramai-ramai. Suami saya yang excited sangat kerana nak melayan si kenit-kenit tu.

Insyaa-Allah juga, bulan Jun ia itu bulan depan, saya dan suami bersama Nabil (anak bongsu kami), akan merantau agak jauh juga. Dah lama kami aturkan program ini, semoga apa yang kami cadangkan itu akan menjadi.

Apa-apa pun, insyaa-Allah saya akan kongsi cerita tentang pengalaman ke Chiangmai nanti. Mungkin ramai yang dah ke sana, tetapi ini akan merupakan pengalaman pertama kali saya ke Chiangmai.

Sawadika... sawadika...

Mai, mai... jom pergi Chiang mai...

Wassalam.