Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, June 07, 2015

Markisa Oh Markisa

Assalam

Hujung minggu yang sangat menyibukkan saya dan cik abang saya. Ada sahaja aktiviti kami berdua. Sabtu sibuk, hari Ahad lagi sibuk. Kedua-dua hari kami ke Lenggeng. Semalam kami pergi juga ke Outlet baru Mitsui Outlet Park yang terletak tak jauh dari rumah kami ia itu di KLIA Sepang. Tapi manusia terlalu ramai sangat hinggakan kena beratur dan nak makan pun susah. Adoii...

Hari ini pula selepas pulang dari Lenggeng, anak dan suami saya sibuk mahu saya masakan Mi Kari, jadi kenalah buat special untuk mereka. Lepas tu, kami habiskan masa melayan pokok markisa kami dan juga memetik hasil buah-buahnya yang sudah masak. Alhamdulillah, buah markisa kami ada beratus biji. Barakah yang diizinkan Allah swt.

Kalau anda tak tahu apa benda buah markisa ni, biarlah saya cerita dan kongsi info sedikit di sini. Buah ini kalau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil 'Passion Fruits' dan berasal dari negara selatan Amerika seperti Paraguay dan Brazil. Biasanya buah markisa dijadikan jus minuman dan kalau makan begitu sahaja pun sangat sedap. Boleh juga makan dengan ais krim, dengan yogurt atau pavlova. Semuanya sedap dan khasiatnya memang fantastic!. Buah markisa mempunyai pelbagai minerals, fiber yang tinggi, pelbagai Vitamin, kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A. Punyai antioxidant yang sangat baik untuk melindungi tubuh badan daripada pelbagai penyakit. Walhasil, kalau rajin makan buah markisa, insyaa-Allah kita dapat mengelakkan tubuh daripada penyakit-penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, athritis, depression, asthma, malah termasuk canser. Kerana Vitamin C yang tinggi dalam markisa, kulit juga mampu jadi lebih baik dan maintain awet muda! Semuanya dengan izin Allah swt.

Kami pun tanam pokok markisa ini secara kebetulan sahaja bila ada member yang berikan benihnya. Mula-mula tu saya tak tahu pun yang itu pokok markisa. Kemudian bila dah naik tinggi barulah saya tanya kakak saya. Alhamdulillah pokoknya tak banyak pun, tapi buahnya jadi beratus biji. Markisa agak mahal juga bila dibeli di pasar raya, kadang-kadang payah nak jumpa. Kalau di Indonesia, memang sangat popular.

Okeylah... mungkin lepas ini anda semua boleh cuba tanam markisa pula. InsyaaAllah anda akan suka dengan buahnya. Saya dan cik abang saya, kami makan setiap pagi... memang lazat!

Wassalam.





Semua gambar di atas ini adalah pokok dan buah markisa yang kami tanam di depan rumah kami di Nilai. Alhamdulillah.