Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, May 26, 2015

Budaya Jampi-Jampi!

Assalam

Tadi pagi, saya sempat berbual-bual dengan teman baik saya. Kami bercerita dan macam-macam yang jadi bicaranya. Antaranya ialah tentang jenayah yang kerap sangat terjadi di sana sini. Curi kanak-kanaklah, bunuh orang lah dan tentu sekali tentang kezaliman yang terjadi ke atas ratusan pendatang Rohingya yang dibunuh beramai-ramai di Utara negara ini. Memang zalim! Semoga Allah balas ke atas mereka yang zalim itu.

Dalam bercerita, teman saya bangkitkan tentang hal 'bomoh-membomoh' ni. Dia mengisahkan tentang keluarga kawan kami yang dituduh mengguna ubat guna-guna untuk mengawal cucu mereka. Yang menuduh itu adalah keluarga menantunya yang merupakan orang negara luar. Kata kawan saya, "You ingat orang Melayu aje ke yang suka bomoh-bomoh ni? Orang kat negara luar pun banyak yang sama juga. Sikit-sikit berjampi!"

Adoii... saya nak tergelak juga mendengarnya sebab memang tahu benar tentang tabiat satu ini yang sangat disukai oleh sebahagian daripada orang kita. Sikit-sikit jumpa bomoh! Kalau tak, bomoh tak bolehlah cari makan. Sekarang ni, ada juga ustaz-ustaz yang jadi bomoh 'Islami' dan ramai yang pergi jumpa untuk berjampi-jampi. Allahuakbar!

Apa tujuan kita untuk guna ubat 'guna-guna' ni atau jampi-jampi ni? Nak lemahkan siapa sebenarnya? Kalau diikutkan, orang yang rancang untuk lemahkan orang lain sebenarnya dialah yang paling lemah. Dia percaya pada kuasa lain selain daripada Allah taala. Sayang sungguh, kerana amalan karut-marut seperti ini mampu membuat seseorang itu jadi sesat dan tergolong sebagai orang yang syirik kerana menduakan Tuhan.

Kalau anda pernah buat begini, iaitu cuba lakukan sesuatu yang 'syirik', cepat-cepatlah bertaubat agar anda tidak tergolong sebagai mereka yang tidak diterima Allah swt lagi. Jangan main-main tau... mungkin kita pandang ringan tentang hal sebegini, tetapi sebenarnya ia terlalu berat.

Janganlah ada budaya 'jampi-jampi' dalam diri. Kalau anda rasa sakit hati atau kecewa, lebih baiklah anda berdoa pada Allah taala agar hati anda menjadi tenang semula. Allah maha pengampun, tetapi sebagai hamba Allah, kita kenalah minta ampun. Subhanallah.

Wassalam.

                                                       Bomoh - cilok dari yahoo images