Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, March 07, 2012

Firasat

              Rama-rama yang cantik. Satu firasat?


Salam

Harap-harap pada hari Rabu begini, anda semua sedang bersemangat tinggi. Hari ini saya nak bincang tentang perkataan 'Firasat'. Mungkin anda dah biasa dengar, atau mungkin juga anda dah dengar tapi tak pasti tentang maksudnya.

Kalau ikut kamus Dewan, maksud firasat ialah sesuatu tanda yang membawa kepada kelakuan atau nasib orang, atau sesuatu yang akan terjadi. Tanda itu mungkin seperti mimpi atau sesuatu yang terjadi, atau sesuatu pergerakan pada badan atau ada pada badan, dan tanda itu membayangkan sesuatu yang akan berlaku atau terjadi. Wallahua'lam.

Ada orang memang sentiasa bergantung pada 'firasat' untuk menduga atau meramalkan sesuatu yang akan terjadi, termasuklah tentang kematian. Huhu... takut, beb.

Kalau dulu-dulu, memang kita selalu dengar cerita tentang raja-raja yang sentiasa bergantung pada 'firasat' bagi meramalkan sesuatu yang akan berlaku. Ini kalau kita tengok cerita dulu lah.

Sekarang ni macam mana?

Masih lagi kot... banyak orang, kadang-kadang memang pun bergantung pada tanda-tanda yang ada, yang mungkin akan  meramalkan sesuatu. Tahi lalat juga mainkan peranan bagi mereka yang bergantung pada hal-hal seperti ini. Kononnya, ada orang kata kalau tahi lalat di bawah bibir, menandakan orang itu banyak bercakap. Ada juga mengatakan kalau tahi lalat di hujung kaki, maknanya orang itu akan banyak mengembara ke tempat-tempat yang jauh. Begitu juga dengan keadaan tertentu seperti bila rama-rama masuk ke rumah, membawa tanda ada orang nak datang ke rumah kita.

Bagi saya, kalau amalan 'firasat' itu merupakan sesuatu yang ringan dan tidak berbentuk khurafat, apa salahnya kita percaya. Kerana, memang ada perkara-perkara tertentu berlaku di sekeliling kita menandakan sesuatu akan berlaku, misalnya, sebelum tsunami, banyak binatang akan berasa tak tentu arah, mungkin kerana mereka memahami pergerakan bumi dan kalau kita perhatikan binatang-binatang ini, kita akan tahu bahawa sesuatu akan terjadi dalam masa yang terdekat. Begitu juga bila gunung berapi mahu meletup. Akan ada tanda-tanda yang memberitahu di sekelilingnya untuk berjaga-jaga. Firasat datangnya daripada Allah SWT buat makhluknya, memberi tanda agar berjaga-jaga. Pun begitu, itu tidak bererti bahawa kita perlu jadikan 'firasat' sebagai amalan hidup yang ada kaitan dengan aktiviti khurafat atau tahyul.

Wallahua'lam.