Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, January 05, 2016

Ada Kebaikan Dalam Kejahatan?

Assalam

Ada yang bertanya, bila nak buat cerita pendek lagi ni? Hehe... saya sedang kumpul bahan. Walaupun bukan novel, tetapi saya nak pastikan cerita saya mempunyai jalan cerita yang baik. Bukan sekadar hiburan tetapi yang penting adalah ilmu dan pengajaran. Saya tak suka buat cerita 'kosong' yang tak ada apa-apa, tetapi penuh dengan 'hampas'!

Sekalipun bila saya menulis di blog, sebenarnya saya tak dapat apa-apa pun, tetapi perasaan 'puas hati' itu sangat berbaloi. Saya pernah katakan bahawa saya menulis bukan kerana saya kemaruk dengan 'duit' atau bayaran, tetapi saya menulis kerana itu adalah 'jiwa' saya. Saya buat apa yang saya suka. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat 'idea' dan 'creativity' buat diri ini, tiada nilai yang dapat saya bandingkan kerana ini adalah anugerah Allah ta'ala.

Saya tak pernah sempurna kerana kesempurnaan itu bukan hak saya, namun sebaik mungkin, saya cuba lakukan apa-apa yang saya rasa baik dan cuba elak daripada lakukan perkara-perkara yang tak baik. Kalau kita mencari saham akhirat, pastikan kita lakukan kebaikan yang kita mampu. Allah Maha mengetahui... buatlah apa yang kita daya dan jangan buat apa-apa yang kita tahu akan menjadi tak baik!

Kadang-kadang, manusia akan lakukan perkara-perkara tak elok kerana akalnya memberitahu konon-konon ada kebaikan kepada 'kejahatan' yang dilakukan itu. Sebaik-baiknya, kita berjaga-jaga kerana setiap kali kita sakitkan hati orang lain, padahnya akan datang kepada kita! Nauzubillah min zalik.

Mula-mula mungkin kita kurang sedar, tetapi bila sesuatu terjadi, barulah kita sedar akan kesilapan yang kita lakukan. Jauh lagi baik kalau kita jauhkan diri daripada melakukan apa-apa yang akan merosak dan sakitkan hati orang lain.

Allah sayang pada insan yang mencari dan melakukan kebaikan. Wallahuaklam.

Wassalam.


                                                     Saya suka yang cantik-cantik