Cun tak mamat ni?
Salam pagi Isnin
Semalam, hujan lebat giler. Masa tu pula, saya sedang memandu dari destinasi A ke destinasi B. Memang menggerunkan. Alhamdulillah, selamat sampai, walaupun ada ketika terpaksa pandu dengan perlahan kerana saya tak dapat nak melihat dengan jelas.
Okeylah... apa judul kita pagi ni, ek? Hahaha... kita nak bercerita tentang hidup dalam keadaan yang popular dan glamor. Best atau tidak?
Mungkin kalau kita tak popular dan tak pernah mengalami hidup popular, kita akan beranggapan mereka yang popular itu seronok giler. Iyalah, popular, kan? Semua orang kenal dan ke mana sahaja kita pergi, orang pun nak sangat dekat dengan kita. Kalau boleh hendak dicium tangan kita, kalau tak dapat cium pipi! Hehe... best kot?
Saya pernah baca tentang hal ini, berkaitan dengan orang-orang yang hidup dalam dunia popular ni. Sebenarnya mereka sangat stres. Bukannya kerana apa, tetapi bila popular, yang susahnya macam mana nak terus maintain popular? Bukannya senang, tau. Bila dah jadi orang yang popular dan disukai ramai, maka orang yang popular itu terpaksa hidup dengan bekerja lagi kuat. Tak boleh langsung leka. Terlalu banyak mata yang memerhati. Yang susahnya, tak boleh buat silap di mana-mana sedangkan mana ada manusia yang perfect, kan? Kalau tak percaya, pergilah tanya orang seperti Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin dia tak akan kata dia stres, tapi kita tahu dia stres. Apa pun, dalam kes Dato' Siti ni, taklah teruk sangat sebab dia dah lama popular dan mampu untuk tarik diri supaya dia tak akan bertanding lagi untuk rebut apa-apa gelaran 'popular'.
Yang cantiknya tentang popular ini ialah mungkin orang yang popular itu boleh kaut keuntungan kerana bila popular, banyaklah rezeki yang datang. Itu dalam hal rezekilah. Tapi dalam hal emosi, jiwa dan raga, orang popular biasanya tidak 'senang' dan tidak tenteram. Kalau mereka tak bijak mengendalinya, mereka boleh jadi tertekan dan murung. Wallahua'lam.
Sekali mendapat gelaran 'popular', seseorang itu akan diperhatikan. Dalam pertandingan lain pula, orang itu rasa tertekan untuk pastikan gelarannya 'maintain', tetapi untuk buat itu bukannya mudah. Kalau kebetulan dia masih popular dalam tempoh yang lama, alhamdulillah. Tapi bila sampai masa gelaran itu tercampak ke tangan orang lain, dia akan 'terasa'. "Aku dah tak popular lagi, tak macam dulu." Tentu itulah yang terdetik di hati kecilnya. Mungkin dia akan kata 'aku tak kisah', tapi pada hakikatnya, mana ada orang yang tak kisah?
Pun begitu, kalau orang itu bijak, pada tempoh kecemerlangannya itu, dia sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk buat dirinya lebih stabil, misalnya dalam hal bisnes. Jadi, bila sudah tidak popular, perasaannya kurang terjejas kerana pada hakikatnya, dia sudah mencampai kejayaan dalam dirinya. Maka kuranglah rasa stres, kerana orang ramai tidak bercakap-cakap dan merendah-rendahkan 'imej' nya yang sudah tidak popular itu.
Dalam hal ini, kita harus perhatikan 'legenda' seperti P.Ramlee, Sudirman Haji Arshad, malah Mokhtar Dahari dan yang lain-lain. Di dunia Barat, lebih ketara. Lihatlah Michael Jackson, Elvis Presley dan yang lain. Bila 'popular' orang ramai mengagungkan mereka, bila merosot, orang mengecam. Begitulah hidup di dunia glamor. Kalau sekalipun pernah mendapat gelaran hebat seperti 'hero malaya', 'hero melayu hebat' dan seangkatan dengannya, bila dah tak glamor, orang akan panggil 'hero tua' lah dan macam-macam lagi. Itulah yang boleh buat orang 'popular' jadi tertekan. Bila tengah glamor, orang tergila-gila, bila orang ramai dah jemu, siapa mahu ambil tahu tentang perasaan orang yang pernah 'popular' tu? Wallahua'lam.
Wassalam.