Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 08, 2015

Anak Kita Imej Kita

Assalam

Ada seorang kawan saya bercerita tentang sesuatu yang baru lagi terjadi pada seseorang yang kami kenali.

Kata Milah, "Isma merungut-rungut sebab anak dara dia galak sangat. Ligat, tak pandai jaga maruah. Usung lelaki sana sini, tapi kahwin tak jadi-jadi. Isma dah tegur tapi anak dia buat bodoh aje. Anak dara dia tu dah banyak umur, bukannya budak-budak lagi. Semua orang kat kawasan tempat tinggalnya tahu benar dengan kelakuan anak dara si Isma tu. Kata mereka, entahkan dara entahkan tidak." Nauzubillah min zalik.

Saya bertanya Milah. "Kenapa anak dia macam tu?"

Jawab Milah lagi, "Mana tidaknya. Dulu masa Isma muda-muda, dia pun ligat macam tu lah. Usung lelaki sana-sini. Perangainya sama saja macam anak dia tu. Satu kampus tahu. Sekarang macam mana dia nak control anak dia?"

Mungkin betul kata orang, anak-anak kita adalah cermin kita juga. Bagaimana kita mendidik mereka begitulah mereka membesar nanti. Tambah pula perbuatan si ibu, sebab apa yang ibu buat anak perhatikan. Sebenarnya ayah pun sama juga.

Kalau mak bapa kaki keletong, anak-anak bila dah besar akan jadi pakar kelentong. Kalau ayah kaki pembohong, anak akan ikut macam tu juga. Kalau emak pemboros, anak-anak pun ikut sama. Kalau mak ayah hidup luar kemampuan, anak-anak akan terbiasa hidup begitu, akan terus hidup dengan hutang sekeliling pinggang. Kalau mak ayah kedekut, anak-anak akan jadi lagi kedekut. Begitulah seterusnya.

Apa yang kita amalkan, itulah cermin anak-anak kita kerana itulah yang mereka lihat. Janganlah pula ketika kita rasa kita masih muda, kita buat segala macam benda yang tak elok kerana kita rasa macam okey saja, tapi kita lupa bila anak-anak kita besar, mereka pasti akan ikut sama. Kalau mak materialistik, anak-anak perempuan akan jadi macam tu juga. Kalau mak tergedik-gedik, anak perempuan akan tergedik sama.

Semoga kita ambil hal ini sebagai sesuatu yang serius kalau kita mahu lihat generasi masa depan kita menjadi manusia yang ada akal dan ilmu serta menjadi manusia yang baik, insyaa-Allah.

Wassalam