Assalam
Hari ini hari Ahad dan sekarang ini memang musim orang kahwin-kahwin. Begitulah lumrah kehidupan, dalam kesibukan orang berkahwin-kahwin, ada juga yang bercerai-berai.
Teringat cerita seorang teman, "Orang lelaki ni memang pelik." Itulah katanya, "Konon-konon nak selamatkan ibu tunggal, jadi mereka pun berkahwin lagi. Tapi malangnya, mereka jadikan ibu tunggal yang lain pula. Apa maknanya nak tolong orang lain kalau isteri yang ada berubah jadi ibu tunggal? Di mana letak pahalanya? Kat mana pulak sunnah Nabinya? Yang aku nampak hanyalah bala. Tambahkan dosa, baik tak baik, boleh masuk neraka, bukan ke syurga. Agaknya mata buta kot. Tak tahu ke kenapa sekarang ni banyak sangat kes perceraian? Banyak sangat masalah sosial. Bukan ke kerana orang lelaki tak peka dan tak tahu jalankan tanggungjawab?"
Adoiii.... tapi apa pula peranan wanita? Bukan kah wanita juga yang menzalimi wanita lain? Kerana kepentingan diri sendiri, mereka sanggup tengok wanita lain jadi mangsa kegagalan rumah tangga.
Saya tergelak bila teringat cerita teman saya itu. Katanya, "Kau nak tahu? Kadang-kadang orang lelaki nak tambah quota bukannya apa pun, macam beli top up. Tambah nilailah agaknya. Konon-konon tak cukup. Tapi bila dah dapat, tak rasa best pun. Baik tak baik, dibuang saja top up tu. Nak tambah nilai, rupa-rupanya tak ada nilai." Macam mana saya tak tergelak mendengar ceritanya? Iyalah, dalam bijaknya orang perempuan, akhirnya mereka juga yang akan menjadi mangsa. Macam kata orang sekaranglah... 'hukum karma'. Kita buat orang, kita kena balas balik. Kalau takut kena buat, lebih baik kita jangan buat orang. Baiklah buat baik, semoga kita juga jadi yang baik.
Apa-apa pun, hidup ini jangan ikut nafsu, tapi ikutlah iman. Hidup jangan suka berlakon, kerana akhirnya kita yang akan menjadi korban lakonan kita itu. Wallahuaklam.
Wassalam.
