Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, June 14, 2015

Macamlah Aku Sahaja Yang Sibuk Kot...

Assalam

Rasa macam dah lama tak duduk di sini. Waaahhh... memang banyak betul kerja kami hinggakan tak ada masa nak check blog. Malah, instagram pun saya tak tengok. Kalut betul. Dari hari Jumaat lagi dah sibuk.

Hari Sabtu... di awal pagi kami ke surau kawasan tempat tinggal kami, bekerjasama dalam gotong royong mengemas surau. Saya bukanlah rajin sangat, tapi bila dapat peluang macam tu, saya memang suka. Cepat-cepat saya volunteer untuk mencuci tandas. Hahaha... mesti anda hairan, kan? Saya memang suka tengok tandas bersih dan pantang kalau tandas kotor. Kalau suruh orang lain buat kerja tu, mungkin mereka tak berapa suka, jadi saya buatlah. Lepas tu tolong pula kemas bilik stor surau. Tolong mop lagi. Sebenarnya saya memang suka tengok tempat yang kemas dan bersih walaupun sebenarnya saya bukanlah rajin sangat.

Lepas itu, kami bersiap-siap dan pergi ke Kuala Lumpur pula. Kami menghala ke Ampang untuk melawat abang angkat saya yang sedang sakit. Kami ke rumah kakak saya dulu, lepas tu makan dan pergi melawat. Saya berpuas hati sebab dapat melawat Abang Isa.

Kemudiannya kami pergi shopping di kawasan Ampang. Makan pancakes dan pulang agak lewat.

Hari ini pula, awal pagi kami duduk di rumah sebab hujan lebat sangat. Lepas tu kami ke Lenggeng. Setelah itu, kami meronda-ronda pergi cari pokok pelbagai species. Memang banyak kerja. Si Firas dan Yusufia ikut sekali, maklumlah mereka memang suka mengekor Habib ke mana sahaja Habib dan Lola pergi.

Sebelah petang, kami mengemas kawasan rumah dan taman kami di Nilai. Banyak kerja dan sekali lagi mengutip buah markisa yang dah banyak masak. Saya memang seronok mengutip dan makan buah markisa ni. Alhamdulillah... ada sahaja buahnya.

Okeylah, nampaknya macamlah saya saja yang sibuk kot... perasan tu. Saya pasti orang lain juga sibuk, maklumlah dah dekat bulan puasa ni.

Apa-apa pun, sehingga kita jumpa lagi, please take care.

Wassalam.

                                           Yusufia dan Firas semasa kami di Semenyih tadi.
                                  Firas membelek buah markisa yang baru dipetik tadi.