Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Sunday, September 23, 2012
Nostalgia Yang Manis
Salam
Saya memang suka menulis di awal pagi. Biasanya bila pagi, kepala otak tak berserabut dan hati pun tenang aje... hehe, insya-Allah...
Dalam hidup anda, pernah tak ada sesuatu yang terjadi masa dulu-dulu dan anda susah nak lupakan? Mungkin tentang kejadian, tentang orang, atau apa-apa sahaja. Kalau anda masih muda lagi, kemungkinan besar benda yang saya katakan ni tak berkesan sangat, maklumlah anda masih muda, tak banyak kisah silam. Tapi kalau anda dah agak matang, mungkin banyak sejarah, kan?
Kadang-kadang benda yang kita ingat tu tak penting mana pun, tapi kita tak boleh lupa. Misalnya, saya teringat sampai sekarang pengalaman saya naik kereta api ketika berusia sekitar empat tahun. Dari Kluang Johor ke Kuala Kangsar, Perak. Saya masih ternampak-nampak dan terasa-rasa keadaan semasa dalam kereta api itu. Padahal, selepas itu (terutama ketika saya di UM) saya memang selalu naik kereta api untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur. Pelik, kan? Saya juga boleh ingat lagi ketika saya pulang ke rumah kami di Kuala Kangsar ketika umur saya empat tahun itu. Saya juga payah nak lupa ketika usia saya lima dan enam tahun, ketika bermain-main di Batu Pahat. Saya suka bermain seorang diri dan suka juga berinteraksi dengan kawan-kawan yang saya buat sendiri dalam imaginasi. Hehe...
Saya teringat pengalaman pertama kali ke sekolah. Saya sangat takut kerana sebelum itu saya tak pernah ke sekolah, apatah lagi suasananya berubah. Dari Johor ke Perak. Pertuturan kawan-kawan sangat berbeza, dari slanga Johor ke slanga Perak. Ada benda-benda yang kawan berkata saya langsung tak faham. Apatah lagi bila ada pula mereka yang guna slanga utara, lagilah saya tak faham. "Awat buat lagu tu?" yang membawa maksud, "Kenapa buat macam tu?". Kebetulan saya ada kawan yang kami panggil 'Awad' ketika di Batu Pahat. Saya jadi confuse sangat-sangat, kenapa Si Awad boleh ada di Perak dan membuat lagu. Hehe...
Tentunya saya tak pernah lupa arwah nenek saya yang saya panggil 'Tok'. Tok saya tinggal di Sungai Dua dan ketika umurnya di penghujung 60-an dan awal 70-an, Tok saya masih kuat dan mampu untuk panjat pokok jambu dan memetik buah jambu untuk kami cucu-cucunya. Tok saya juga pantang tengok periuk yang tak berkilat. Kalau dia ke rumah kami, itulah yang dilakukannya, mengilatkan periuk-periuk di dapur.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)