Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, November 23, 2014

Kuasa Manusia, Hebat Mana?

Assalam

Kadang-kadang ada orang ingat dia sangat berkuasa, tetapi dia terlupa akan kuasa Tuhan. Memang kita tak dapat menduga kuasa Tuhan, tetapi subhanallah, kuasa Tuhan itu semestinya tak dapat kita sukat dengan akal fikiran kita. Kehebatan-Nya tak mungkin dapat mana-mana manusia menandingi-Nya, hebat mana sekalipun manusia itu! Allahuakbar. Kerana itu mungkin, ada manusia, bila rasa mempunyai kuasa, mereka akan jadi lupa daratan. Misalnya, mungkin memegang status seorang hakim. Namun mereka lupa itu hanyalah kuasa yang ada pada manusia, kuasa yang dipertanggungjawab kepadanya ketika berada di dunia.

Malangnya, ada manusia yang memegang jawatan seperti itu melakukan perkara-perkara tertentu ikut sesuka hati mereka sahaja. Maklumlah, dia merasakan bahawa kuasa ada di tangannya. Mungkin seorang hakim itu sanggup menjatuhkan sesuatu hukuman tanpa berfikir panjang, mungkin juga sanggup lakukan sesuatu tindakan kerana dirinya boleh dibayar! Perkara-perkara seperti ini sering sangat terjadi dan menjadi berita dunia. Termasuklah hakim syariah yang mungkin biasa menjadi hakim kes nikah-cerai orang awam, namun kerana merasakan 'kuasa besar' berada dalam tangan, mungkin juga boleh lakukan apa sahaja termasuklah menikah dengan cara yang menyenangkan hidupnya! Pergi ke sempadan, atau mungkin membayar upah pada orang lain untuk aturkan dokumen nikahnya, dan seorang hakim yang merasakan dirinya mempunyai kuasa besar, mungkin juga sanggup 'menipu' pada ahli keluarga sendiri untuk melepaskan dirinya. Bolehkah kita percaya pada hakim yang terbukti pandai 'menipu'? Allahuakbar! Hakim apakah jenis itu?

Begitu juga kalau diri menjadi imam masjid, tetapi berupaya untuk memberi nasihat 'berat sebelah', imam apakah kita? Atau mungkin jadi peguam yang mengurus hak-hak lelaki. Kita lakukan sesuatu kerana merasakan bahawa lelaki itu adalah satu kaum dengan kita. Apakah jantina ibu kita? Lelaki atau perempuan?

Malah, macam-macam lagi yang manusia sanggup lakukan kerana beranggapan bahawa diri mempunyai kuasa besar!

Tetapi mereka lupa bahawa kuasa Allah swt itu jauh lagi besar. Sekalipun dapat melepaskan diri dengan salah guna kuasa, namun Allah tetap ada untuk lakukan sesuatu yang jauh lagi adil. Manusia di dunia ini sememangnya tak pernah adil sekalipun memegang jawatan 'hakim', imam, atau peguam,  atau apa-apa tugasan penting yang lain, hanya Allah sahaja yang maha adil. Subhanallah. Hanya bila Allah menunjukkan kuasa-Nya, barulah manusia berasa takut dan berdosa. Barulah manusia jadi terketar-ketar, kerana kuasa Allah itu mampu untuk menghapuskan masa depan kita, sekalipun kita pernah rasa berkuasa!

Jadi manusia, menuntut agar kita sentiasa berjaga-jaga jangan sampai lupa daratan. Bila kita pandai menipu, bila kita main-main dengan kuasa yang diberi pada kita, bila kita tidak jujur dan tidak ikhlas dalam tanggungjawab, akhirnya nanti kita akan menangis tak dengar lagu! Allahuakbar! Apabila kita sakiti hati seseorang, Allah pasti akan membalasnya.

Semoga kita jadi manusia yang tak pernah lupa pada kuasa yang ada pada Allaha ta'ala.