Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 10, 2014

Boleh ke Mengurat Isteri Orang?

Assalam

Awal pagi lagi saya dah bangun kerana banyak kerja yang perlu saya uruskan. Apa-apa pun, mestilah pekena kopi secawan. Kalau nak tahu, sebenarnya minum kopi ini memang banyak manfaatnya. Dulu, orang kata tak elok sangat minum kopi ni, tapi itu hanya sekadar cerita dongeng. Kopi banyak khasiatnya, malah mampu untuk mengelak macam-macam penyakit. Tapi janganlah pula asyik minum kopi sahaja, nanti 'overdose' pulak! Ikutlah sunnah nabi agong kita, Muhammad SAW, buat apa pun, biarlah bersederhana. Be a simple person. Tidak berlebih di mana-mana.

Okeylah, baru selesai cerpen 'Dia Yang Kupanggil Yana'. Insyaa-Allah akan saya sambung lagi dengan cerpen yang baru pula. Untuk makluman anda sekelian, semua cerpen-cerpen yang saya lakarkan di blog ini mempunyai 'base' kisah benar yang terjadi dalam masyarakat kita. Sebagai penulis, saya kenalah tokok-tambah mana-mana yang terkurang. Kisah Yana yang saya paparkan ini, pernah terjadi suatu ketika dahulu. Tak perlulah saya katakan di mana dan bila, sekadar untuk bercerita semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Kadang-kadang, kita rasakan bahawa siapa sahaja yang kita jumpa atau tahu, mereka semua merupakan orang yang baik-baik belaka, tetapi di sebalik apa yang kita nampak pada lahirnya, tidak semestinya tepat. Banyak orang sorokkan 'keburukan' mereka, atau kelemahan akhlak mereka dan kerana itu juga, masyarakat sering terpedaya.

Semestinya kita manusia sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan, namun begitu, jangan biarkan kelemahan dan kekurangan menerajui hidup kita dan akan menjadikan kita manusia yang mudah tersesat dan tersasar di bumi ini. Biarlah kita berada di landasan yang lurus. Setiap kali sedar akan kesalahan kita, cepat-cepatlah bertaubat, agar kita kembali ke jalan yang benar. Subhanallah.

Elakkan diri dari perbuatan-perbuatan yang akan menjadi kita lebih lemah. Antaranya ialah perbuatan 'takabur', 'riak', 'cakap besar' dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, kita tak sedar yang perkara itu kita sedang lakukan. Semua ini bergantung pada niat kita. Kalau kita lakukan sesuatu kerana niatnya untuk Allah SWT, insyaa-Allah kita selamat. Tetapi kalau dengan sengaja atau tidak, tetapi kita lakukan perkara-perkara untuk menunjuk-nunjuk, itu adalah salah. Misalnya, dengan sengaja kita letakkan gambar profil kita untuk tayang kereta mewah kita, takut orang lain tak tahu yang kita sekarang ini ada kereta mewah. Nauzubillah... semoga kita tidak amalkan perbuatan seperti itu.

Tak kiralah kita lelaki atau perempuan, muda atau tua, kaya atau miskin, elaklah daripada melakukan terlalu banyak kesalahan. Saja-saja untuk bercerita. Baru-baru ini saya berbual dengan suami dan bertanya padanya, "Kalau ada lelaki yang sengaja 'mengurat' isteri orang, apakah hukumnya?" (Saya memang tahu apa hukumnya.)

                                                          sekadar hiasan

Kata suami, "Mana boleh mengurat isteri orang. Berdosa tu. Mengacau tunang orang pun tak boleh. Haram kalau kita sengaja mahu rosakkan hubungan suami isteri. Sengaja mahu runtuhkan rumah tangga orang lain." Tambahnya lagi.

"Okey, itu kalau lelaki yang mengurat isteri orang. Tapi kalau lelaki yang mengajak suami orang untuk 'mengurat' sana-sini, macam mana? Macam mana pula dengan perempuan yang 'mengurat' suami orang?"

"Siapa sahaja yang mahu runtuhkan rumah tangga orang lain, hukumnya tetap berdosa."

Iyalah... kadang-kadang kita sebagai manusia ini, seronok lakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menyeronokkan kita, tanpa ambil kira pada perbuatan kita yang mungkin akan merosakkan hidup orang lain, lalu dengan sengaja atau tidak, mengumpul banyak dosa. Wallahua'klam.

Semoga kita sentiasa berjaga-jaga dan terus kekalkan dengan akhlak yang mulia. Manusia, kalau hidup tanpa akhlak yang baik, mungkin lebih baik tak usah hidup. Tak kiralah apa status kita, semoga kita jadilah Muslim dan Muslimah yang taat pada Allah swt. Ameen.