Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, June 10, 2012

Kongsi Jiwa dan Raga



 Salam semua

Saya telah difahamkan bahawa drama Kau Laksana Bulan sedang diulangtayangkan di Channel Suria, TV Singapore. Huhu... mungkin orang Johor dengan orang Singapura boleh tengoklah....

Okeylah, semalam saya kesibukan. Saya telah menghadiri majlis perkahwinan staf KarnaDya, Zainorarina yang telah diadakan di Sabak Bernam. Tahniah kepada Ina dan pasangannya, semoga selamat dan bahagia hidup berumah tangga hingga ke akhir hayat. Amin. Saya suka sangat tengok rumah kampung Ina, sangat autentik. Suami Ina pun comel aje.

Setelah pulang, dalam keadaan jalan raya yang agak sesak, saya berjumpa dengan kawan baik dan lama saya, seterusnya kami ke Putra Heights untuk urusan menghantar tanda, bagi pihak anak lelakinya. Majlis itu sangat simple sahaja (saya suka, saya suka) dan kami berjumpa dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Lepas itu, duduk makan-makan dan bersembang. Makanannya memang sedap (masakan Melayu), lepas itu ada pencuci mulut lagi, cream puff dengan kek karot. Enaknya. Tahniah kepada Danial dan Rafiqah, semoga perancangan anda berdua berjalan dengan baik nanti. Insya-Allah.

Pagi ini, inilah yang ingin saya katakan. Kalau bercinta, mestilah ada perancangan untuk berkahwin. Jangan bercinta kosong sahaja, buat buang masa. Kalau saya katakan, tak usah bercinta sakan, nanti ada yang marah pulak. Kata mereka, "Alah macam baik sangat, tak boleh bercinta konon." Hehe... sebenarnya, saya ada berjumpa dengan salah seorang pembaca saya, dia tidak pun bercinta sakan macam orang lain, namun dia akan berumah tangga pada bulan ini, insya-Allah. Semuanya diuruskan oleh orang-orang yang dikenalinya. Kadang-kadang, perkahwinan yang diatur ini, mungkin jauh lagi baik, kerana kedua-dua keluarga bersetuju dengan apa yang diaturkan itu. Semestinya yang terbaik dari semua sudut. Yang penting, kedua-dua lelaki dan perempuan yang nak kahwin tu, mestilah bersetuju. Tak bolehlah kalau main-main paksa pulak!
 
Dalam percintaan dan perkahwinan, pasangan sebenarnya berkongsi sebuah kehidupan. Tak bolehlah main aku-aku atau engkau-engkau. Kalau kita ada perasaan yang macam itu, lebih baik jangan berkahwin. Memang wujud mereka yang 'selfish', yang hanya mempunyai kepentingan buat diri sendiri sahaja. Ada tu, mungkin nak kahwin sebab orang lain kahwin, tapi dari segi perancangan dan tanggungjawab, tak ada langsung!

Dalam perkahwinan, 'material' bukan merupakan hal utama. Yang penting ialah kasih sayang dan tanggungjawab. Kalau kita dapat berkongsi semua itu, insya-Allah perkahwinan kita akan menjadi dan sinar kebahagiaan akan muncul dalam hidup kita. Tetapi, kalau kita sekadar pentingkan diri kita sahaja dan tidak rasa yang kita perlu berkongsi kehidupan dengan pasangan, lebih baiklah 'Blah' sahaja. Buat buang masa.

Bagi sang wanita, sekiranya anda bertemu dengan pasangan lelaki yang mengasihi dan mahu berkongsi jiwa dan raganya, anda lakukanlah perkara yang sama juga. Taatinya sebagai suami, berilah kasih sayang anda kepadanya, harungilah hidup anda dengannya tak kira sekalipun ribut taufan melanda anda. Namun sekiranya pasangan anda jenis manusia yang hanya pentingkan dirinya, mungkin juga tak tahu menilai kasih sayang, mungkin juga jenis suka tendang terajang, tak tahu bertanggungjawab.... huhu... eloklah anda membawa diri anda ke tempat lain. Dalam Islam, Tuhan tidak pernah menyuruh orang perempuan untuk biarkan diri mereka jadi bodoh!

Wallahua'lam dan Wassalam.