Assalam
Baru-baru ini, saya berbual-bual dengan seorang kawan. Dia bercerita tentang pengalaman hidupnya. Katanya, "You pernah tak berasa takut?"
Jawab saya, "Mestilah ada. Tapi you takut ke? Kenapa?"
"Entahlah... kadang-kadang I rasa I ni takut dengan bayang-bayang I sendiri..."
Saya tergelak di hujung talian. "Bukan ke ramai yang macam tu? Tak bersebab pun boleh jadi takut."
"Iya... memang I percaya ramai yang macam tu. Tapi I ni... mungkin I rasa banyak dosa kot."
"Kalau rasa banyak dosa, rajinlah buat solat taubat. Kalau rasa tak berdosa pun kita patut buat solat taubat sebab manusia ni memang tak lari dari buat dosa. Tak kira kecil atau besar. Kadang-kadang kita tak perasan pun."
"Tapi... I tahu I memang banyak buat salah. Dulu... masa I berkahwin, I pernah menduakan suami I. I bergelar seorang isteri, tapi I pergi berdating dengan lelaki lain. Dah tu, I boleh berjam-jam telefon dengan lelaki lain... dan suami I tak tahu."
"Kenapa you buat macam tu?"
"Entahlah... agaknya I rasa bosan. I nak perhatian kot."
"Suami you tak beri you perhatian ke?"
"Dia sibuk bekerja. I pun sibuk jugak. Tapi... I rasa macam hilang selera dengan suami I tu. Tiba-tiba I rasa macam ada lelaki lain yang jauh lagi macho daripada suami I."
"Hmmm... biasa kot perempuan rasa macam tu. Tapi kita kan boleh bersabar? Perempuan... kalau rasa bosan pun, mungkin jauh lagi senang untuk membawa kesabaran dalam dirinya." Itulah kata saya.
"Tapi... I mungkin nak balas dendam kot... satu ketika dulu, suami I pun pernah ada girl friend. Dia buat hal di belakang I. I memang geram. Tapi dia dah putus dah dengan perempuan tu dan dia berjanji tak akan buat lagi. Malangnya bila kesempatan datang pada I, I pulak mula buat hal. Mungkin I nak buat 'fair and square'. Tapi sebabkan hal itu, rumah tangga kami runtuh. I hancurkan harapan anak-anak I. Everything tumbled down. Kami bercerai."
"Mesti you dah jangkakan tu, kan?"
"Mula-mulanya I buat sebab suka-suka aje. Mungkin nak test market kot. Tapi bila dah melarat, I memang tak boleh control. Tahu-tahu I dah berada dalam 'deep shit'! Tak boleh nak keluar dah. Bila kami bercerai pun, I tak kahwin pun dengan lelaki tu. Dia pun suami orang. Dia tak nak tinggalkan isteri dia dan dia tak mahu madukan isteri dia. Sebenarnya dia sayangkan isteri dia. I lah yang terkantoi! Ex husband I dah lama kahwin lain... tapi I masih macam ni. Asyik takut aje..."
"Buat apalah you buang masa you macam tu? Sepatutnya you cuba perbaiki apa sahaja yang kurang. Allah berikan you masa ini dan gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Buatlah benda-benda baik. Memang banyak benda yang you boleh buat. Kalau kita buat benda baik, lama-lama kita akan berasa lega. Hati dan jiwa kita akan berasa tenang. Manusia tak lari daripada buat kesilapan, tetapi Allah Maha Pengampun. Mintaklah ampun, in syaa Allah you akan berasa lega. Don't waste your time. Bila you bertaubat, jangan lagi buat benda-benda yang tak elok ni. Pasti you tak akan takut dengan bayang-bayang you lagi..."
Wallahuaklam. Semoga kita semua sentiasa bertaubat pada Ilahi dengan hati yang ikhlas. Berniatlah untuk melakukan kebaikan.
Wassalam.
