Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, March 16, 2015

Ralit Boleh Merosakkan

Assalam

Hari ini saya sibuk packing. Biasanya inilah tugas yang malas saya nak lakukan. Tak suka untuk berkemas. Tak suka juga bila tiba masa untuk tunggu di airport. Sangat boring. Tapi dah nak berjalan-jalan, terpaksa sahajalah buat kerja-kerja ni.

Hari ini saya juga kesibukan dengan cucu-cucu di rumah. Kebetulan salah seorang menantu saya kurang sihat, jadi kenalah tengokkan budak-budak ni. Biasalah bila cuti sekolah (tadika pun cuti juga) budak-budak sibuk bermain-main. Tapi dah biasa macam ni. Saya suka aje tak rasa pun nak marah.

Buat apa nak marah-marah kan? Bila kita tengok news atau berita di TV (saya memang suka tengok channel Al Jazeera), kita tengok macam-macam hal yang terjadi di dunia terutama di Syria. Betapa manusia di sana sedang merana dan terseksa. Tak cukup makan, tiada tempat tinggal, beribu-ribu yang mati, anak-anak tak pergi sekolah dan macam-macam lagi. Terlalu ramai yang sibuk hendak berperang tetapi tiada yang mahu ambil kisah tentang kerosakan yang berlaku dalam semua hal. Kita di sini memang tak rasa semua itu, namun orang kita sentiasa merungut-rungut, payah nak bersyukur dengan apa yang kita ada.

Jadi... jomlah kita renungkan. Fikirlah tentang apa yang sedang berlaku di dunia. Janganlah kita terlalu ralit dengan hiburan dan lawak jenaka bodoh yang sering sangat merosakkan minda dan ketenangan orang Melayu. Jangan pula terlalu jadi ekstrim hinggakan kita tersesat juga. Nak buat apa pun, fikir-fikirkanlah. Jadlah manusia yang ingat pada Tuhan, jadilah manusia yang bersyukur dan jadilah manusia insaf.... lalu bekerja keras untuk memperbaiki diri. Aamiin.

Wassalam.