Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, December 09, 2012

Berseloroh Tak Bertempat

    Prince William dan Duchess of Cambridge - keluar dari hospital

Salam

Mungkin anda dah dengar cerita tentang apa yang terjadi pada mangsa 'prank atau hoax call' atau panggilan olok-olok yang dibuat oleh sebuah radio stesen di Australia kepada sebuah hospital (Hospital King Edward VII, London) di mana Duchess of Cambridge (Kate Middleton, isteri Prince William) di katakan sedang ditempatkan berikutan kehamilannya. Malangnya, mangsa yang telah dipermain-mainkan itu (seorang jururawat) mungkin terkejut dan sangat stres, telah membunuh diri di tempat kediamannya (hostel untuk para jururawat). Jacintha Saldanha, berusia 46 tahun, dikatakan seorang jururawat yang sangat profesional. Malah, semua orang kata bahawa dia sangat baik dalam jalankan tugasnya dan juga dengan orang lain. Namun begitu, panggilan 'olok-olok' dari stesen radio Australia itu yang bertujuan untuk berseloroh, akhirnya telah mencetuskan satu kontroversi!

Mungkin ramai DJ-DJ radio seronok benar untuk kenakan orang dari masa  ke masa, tanpa berfikir bahawa ada ketika, ada mangsa yang dikenakan itu, mungkin tidak mampu mengawal stres yang tiba-tiba datang kepadanya.

Malah, dalam hidup ini juga, banyak orang suka mempersendakan orang lain. Dalam hal agama pun sama. Ada tu suka buat lawak tak kena gaya. Membingungkan kerana itu bukan satu hal yang boleh kita buat main-main.

Cerita pasal kenakan orang ni, memang selalu sangat terjadi di stesen TV dan juga radio. Saya pernah tengok (kat YouTube) kisah bagaimana sebuah stesen TV kenakan orang ramai yang naik lif (seorang atau berdua) di matikan lampunya dan kemudian muncul pula seorang anak kecil yang kelihatan seperti hantu. Semua yang berada dalam lif itu takut terketar-ketar. Bayangkan kalau ada yang sakit jantung, mungkin boleh mati, kan?

Saya juga selalu dengar 'prank calls' yang dibuat oleh DJ-DJ Malaysia. Kadang-kadang tu memang menyakitkan hati. Sangat tak berperasaan.

Bukanlah saya tak boleh terima permainan seperti 'gurauan' ini, telapi biarlah seloroh tu kena gayanya dan jangan melampau-lampau. Kalau melampau-lampau, kadang-kadang selepas ketawa terbahak-bahak mungkin kita akan menangis. Itulah yang terjadi dengan 'prank call' yang dibuat oleh stesen radio Australia itu! Moral of the story, kalau nak kenakan orang pun, kita kenalah bijak dan jangan buat orang melampau-lampau kerana akhirnya nanti kita yang akan kena balik.

Wassalam.