Sebaik sahaja saya bertemu Faiz di ladang teh Bharat, dia begitu keletihan. Maklumlah berjalan berbatu-batu jauhnya. Yang paling rumit, apabila terpaksa mendaki bukit yang curam dan menyeberangi sungai yang berbatu-batu. Dia takut kameranya jatuh. Kalau saya ada sama, memang saya tak mampu buat begitu. Apapun, Faiz sempat bercerita tentang pengalamannya tidur di Kampung Sungai Atap. Kampung itu memang jauh ke dalam dan terceruk. Terpaksa berjalan selama 12 jam sebelum sampai ke sana. Katanya lagi, semasa sampai, jam sudah hampir sembilan malam. Kampung itu tak ada bekalan elektrik atau air. Mujurlah ada sungai. Mereka mandi di sungai kerana badan terlalu kotor selepas berjalan jauh.
Faiz bercerita. "Kampung tu didiami oleh tujuh orang penduduk sahaja. Semuanya sudah tua, lebih 60 atau 70 tahun umur mereka. Setiap kali mahu dapatkan bekalan, orang-orang tua ini terpaksa berjalan ke pekan Gopeng atau Batu Gajah selama 8 jam (mereka berjalan lebih laju daripada kita) dan balik semula selama tempoh yang sama juga! Bayangkanlah."
Dia bercerita lagi. "Malam tu saya susah nak tidur. Dahlah sejuk, bunyi di luar menggerunkan!" Saya ketawa. Faiz jarang-jarang dapat buat begitu. Saya dah biasa dengan keadaan seperti itu, maklumlah... saya pernah tinggal di kampung, tak seperti Faiz yang pernah tinggal di negara Barat selama 13 tahun.
"Saya kongsi selimut dengan Ngah Trok." Saya ketawa lagi. Malah Ngah Trok beritahu saya yang Faiz juga kongsi sabun mandi dengannya kerana terlupa nak bawa. Selain daripada Faiz dan Ngah Trok, ada dua lagi orang asli yang ikut rombongan itu. Alang dan Isan. Mereka sebenarnya membawa rombongan ahli Malaysian nature Society dari Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang. semuanya 22 orang selain daripada Faiz dan tiga 'guide' orang Semai.
Saya tahu Faiz seronok buat begitu sekalipun penat. Saya rasa, kalau kita muda (tua pun tak apa), kita kena mengalami keadaan seperti ini kerana hutan adalah harta kita sebagai rakyat Malaysia. Kita harus berbangga dengan khazanah yang ada ini.