Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, January 08, 2012

Cari Lubang Cacing

                        Dah jumpa dah!


Salam

Pasti hari ini merupakan hari rehat anda, kan? Weh, weh, weh... syoknya, sebab saya tak mampu nak berehat. Duk sibuk menulis. Tension, tension, tension...

Dalam pada itu, nak juga bercerita kat blog ni. Kisah seorang teman yang sedang stres dan tension giler! Dia sedang berdepan dengan masalah rumah tangga dan tak tahu nak buat apa.

"Kalau boleh, aku nak lari ke bulan atau bintang. Kalau ada sayap, memang aku rasa macam nak terbang, baik duduk kat atas pokok. Aku benci dan bosan duk kat bumi ni!"

"Tapi... kalau kau ke bulan atau bintang pun, atau langit biru, atau duk kat atas pokok pun, nanti kau kena balik ke bumi ni jugak. Sat lagi anak kau menangis, kau nak buat macam mana?"

"Tu la, aku fed up giler! aku tak tahu nak buat lagu mana. Tapi aku rasa macam nak menyorok, biar tak ada siapa yang boleh jumpa aku lagi."

Hehe. "Pergilah cari lubang cacing. Duduk kat situ. Lubang cacing tu sempit dan kecil, tak ada siapa yang boleh nampak kau."

"Sungguh, kan? Tapi... aku ni montel, nanti tak muat..." dia jadi tergelak.

Sesungguhnya memang begitu. Bila hati gusar, jiwa kacau, ada ketika itulah yang dirasakan. Mahu sahaja lari dari bumi ini. Tak mahu berjumpa dengan siapa-siapa pun. Biar menyorok sampailah hilang rasa sakit di hati. Huhu... kesiannya. Tapi tak apa. Itu memang natural, maa...

Sekebal mana pun kita, sehebat mana pun kita, ada ketika perasaan itu mampu menjelma. Seelok-eloknya, kita belajar untuk reda dengan apa sekalipun yang datang untuk menggoyahkan kehidupan yang tenteram. Inilah hakikat kehidupan, tak pernah tidak ada turun naiknya.

Wallahua'lam.