Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 20, 2009

Siapa Yang Membaca?

Malam tadi, saya sempat menghadiri sebuah forum anjuran sebuah badan terkemuka. Forum tentang minda masyarakat berkaitan dengan buku. Panelnya terdiri daripada seorang tokoh veteran yang ternama dan juga selebriti TV. Bagi saya, apa yang diperkatakan malam tadi adalah sesuatu yang ada kebenarannya. Orang kita tak suka membaca dan kerana kurang membaca, maka mindanya tidak banyak bergerak kalau dibandingkan dengan rakyat negara yang suka membaca.

Dalam forum itu, banyak yang dicadangkan. Tetapi malangnya, saya tak bersetuju. Pun begitu, kami (saya dan member yang lain), tak berkata apa-apa, kerana tak mahu menyinggung sesiapa yang hadir. Bagi kami, apa sekalipun yang mahu dilakukan tentang soal buku dan orang kita, kita juga perlu melihat kepada realiti masyarakat kita. Kita tak akan dapat mengubah apa-apa kalau cara yang digunakan itu tak tepat. Kita boleh bercakap itu dan ini, tetapi kalau kita tak mengkaji apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam masyarakat, apa jua yang kita cadangkan tak mungkin akan berkesan. Buat buang duit dan tenaga saja!

Tak usahlah kita nak cadangkan orang kita membaca buku sejarah, buku politik atau buku pengurusan. Buku yang begitu hanya disukai oleh kaum lelaki. Tetapi malangnya juga, berapa kerat kaum lelaki yang suka membaca? Rata-rata masyarakat kita hari ini, yang membaca buku adalah orang perempuan! PERIOD.

Kalau kita tak tahu tentang statistik yang ini, lebih baik kita jangan bincang soal buku. Memang payah kita nak membuat perubahan kalau kita tak 'aware' tentang apa yang sedang berlaku. Maaflah.