Assalam
Semalam saya memang tak sempat nak update blog. Alasan apa lagi kalau bukan kerana sibuk. Memang terlalu sibuk.
Okeylah, sebelum saya sambung cerita tentang Morocco, saya nak ingatkan diri sendiri dan mungkin anda yang rajin datang ke blog ini. Sekadar untuk berkongsi rasa tentang kesabaran dan kasih sayang. Dalam apa jua keadaan, kita akan bertemu dengan ujian. Allah swt menguji kita bukan sekadar dengan kesusahan dan kesempitan, tetapi juga dengan kesenangan. Jangan biar diri lupakan Allah bila sedang berasa senang kerana kesenangan juga datang daripada Allah swt. Amalkan diri untuk bersabar kerana sabar itu adalah ubat segala kerumitan. Sabar juga mengelak kita daripada tercebak dalam maksiat dan kecelakaan. Kasih sayang itu adalah fitrah manusia dan nikmat Allah swt buat kita manusia. Dalam apa jua keadaan, jangan putuskan kasih sayang antara pasangan, antara ibu dan anak, ayah dan anak dan ahli keluarga. Kalau kita hadir untuk hancurkan kasih sayang orang lain, ingatlah bahawa Allah swt itu maha agong, kita tak tahu apa akan jadi pada hidup kita pula. Nauzubillah min zalik.
Morocco... kami melihat pelbagai panoroma menarik lagi, termasuklah mengunjungi kawasan yang penuh harta karun tinggalan bumi tua yang jarang-jarang kita jumpa di negara kita sendiri. Kawasan yang dipenuhi dengan hasil fosil, atau tinggalan purba sangat menarik. Malah, banyak kawasan di sekitar itu yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan.
Kemudiannya kami merentasi kawasan Gunung Atlas untuk menuju ke kota Marakech, sebuah kota yang sangat terkenal di Morocco. Gunung Atlas menghidangkan sesuatu yang mempesonakan. Mata kami bagaikan tak mampu untuk berkedip kerana terpegun dengan keindahan alam. Seronok melihat suasana gunung bersalji. Tak ada apa-apa yang tak menarik.
Nanti saya sambung lagi, insyaa-Allah.
Wassalam.
Latar belakang yang menakjubkan
Morocco yang mempesonakan
Kami singgah untuk makan tengah hari di tempat yang cantik ini
Buah oren lagi
Perhiasan mereka - sentiasa unik
Tempat makan kami - serba oren
Canyon yang mempunyai sungai di bawahnya
Bagaikan sedang bermimpi
Jualan kraftangan etnik
View yang unik
Hotel tempat kami bermalam
Pokok bunga yang colorful
Hotel kami
Bersama Cik Nab rakan rombongan di kawasan hotel
Di depan studio filem. Di sana memang banyak studio filem
Di depan sebuah restoran
Bergambar dengan latar jualan
View dalam perjalanan ke Marakech
Kawasan Gunung Atlas - salji lagi
Salji yang memutih di kawasan Gunung Atlas
Salji dan salji lagi
Panorama di Gunung Atlas
Lagi pandangan yang indah
Jualan buah-buahan
Berhenti makan tengah hari di kawasan Gunung Atlas