Membaca dan menulis merupakan sesuatu yang saya suka lakukan kini. Membaca merupakan di antara hobi saya, dan menulis kini merupakan kerjaya saya.
Itu sekarang. Tapi... suatu masa dahulu, saya paling takut bila orang menyebut kedua-dua perkataan itu. Punyalah takut hinggakan terasa mahu masuk ke dalam lubang dan menyorok.
Hari ini, saya hanya tersenyum kalau ada rakan atau kenalan yang merungut dan memberitahu saya bahawa anak mereka tak tahu menulis atau membaca.
Semasa membesarkan anak-anak, saya tak pernah memaksa mereka untuk jadi pelajar yang cemerlang. Kalau mereka mampu melakukannya, alhamdulillah. Kalau ada kekurangan di mana2, saya tidak pernah merungut atau memarahi anak-anak. Saya amat memahami dan sensitif tentang perkara itu!
Ketika itu saya masih berumur 6 tahun bila saya dihantar ke sekolah buat pertama kalinya. Kebetulan saya dilahirkan pada hujung tahun. Saya tidak pernah mengikuti sebarang pra-sekolah. Kebetulan juga saya baru berpindah dari selatan ke utara. Satu kejutan budaya untuk diri yang tidak tahu apa-apa.
Sepanjang tahun pertama di sekolah, saya bagaikan 'hilang'. Tak faham apa yang sedang berlaku. Hingga ke akhir tahun, saya tidak mengenal huruf. Tidak tahu membaca dan menulis! Saya masih ingat bila saya bawa pulang 'report card'. Bukan hanya penuh dengan dakwat merah, tapi semua kotak berisi markah '0'. Saya tidak diberikan sebarang markah, sebab hingga akhir tahun, saya masih tak tahu apa-apa.
Saya masih teringat betapa saya menjadi bahan ketawa adik beradik dan jiran tetangga. Semua orang tak faham kenapa saya terlalu 'bodoh'. Keadaan itu menyedihkan saya. Hingga ke hari ini, saya masih dapat rasakan kesedihan itu. Sungguh memalukan!
Bila masuk ke darjah dua, saya masih tak tahu apa-apa. Dalam begitu, saya mempunyai seorang teman 'nasrani' yang duduk di sebelah saya. Nama dia 'Elizabeth'. Dia pandai berbahasa Inggeris, dan kerana dia rajin melayan saya, saya juga sudah pandai berbahasa Inggeris. Tapi... masih belum tahu menulis dan membaca!
Guru matematik saya, Mrs. Tan sungguh bersimpati dengan keadaan saya yang pandai bertutur Bahasa Inggeris... tapi masih tak kenal huruf. Mrs. Tan lah yang telah banyak menghabiskan masanya mengajar saya. Puas dia berusaha untuk membuat saya kenal dan faham huruf2. Perkataan pertama yang saya berjaya tulis dan faham ialah 'chair'(saya bersekolah Inggeris). Bila hampir hunjung tahun kedua, barulah saya berjaya membaca dan menulis.
Bila saya bertemu dengan Mrs. Tan (selepas 33 tahun) semula di satu perjumpaan bekas murid2 sekolah saya, saya masih teringat budi beliau. saya maklumkan kepadanya.
Kalau ada anda terdengar mengenai kana-kanak yang tak tahu membaca atau menulis....ha...jangan panik! Mungkin satu hari nanti anak itu juga akan menjadi seorang penulis!