Assalam
Itulah yang sering kita dengar. Kalau dibandingkan dengan perempuan, lelaki payah nak beremosi. Mereka lebih logik atau rasional, lebih tak kisah terutama dengan apa-apa yang berkaitan dengan 'feelings'. Sebab itu kot lelaki senang sangat berkata 'sayang' sana sini kerana rata-rata 'sayang' mereka tak berharga pun! Wow... bunyi macam zalim aje...
Saya berbual-bual dengan seorang lelaki yang saya kenal. Dia ni memang 'brutal' giler, memang jenis lanyak siapa sahaja. Dia memang jenis orang kata 'hati kayu', memang tak ada feelings. Awek merata-rata, tak kisah siapa sahaja, termasuklah isteri orang, tunang orang, girl friend orang, perempuan single dan juga perempuan yang pernah berkahwin tetapi kini tak ada suami!
"Aku tak kisah... kalau dia orang bagi, aku memang terima punya." Itulah katanya. saya memang faham maksudnya kerana saya memang tahu dia lelaki jenis apa. "Bagi aku... rugi kalau tolak kot."
"Tapi... kau tak rasa terikat ke? Kau tak rasa apa-apa ke pada mereka ni?" soal saya untuk kepastian.
"Bagi aku, aku tak rasa apa-apa pun. Aku tak beremosi dengan hal-hal macam ni. Mereka boleh datang dan pergi. Macam susu dalam kotak. Bila elok aje, aku minum. Bila dah tak sedap, aku campak aje..."
"Kau tak rasa sedih ke bila break up?"
"Buat apa nak sedih? Bukan ada apa-apa pun... lainlah kalau aku betul-betul jatuh cinta. Tapi kalau aku cinta, aku akan bela baik punya. Aku akan bagi hati aku ni. Kalau dia pergi, mesti aku tak sanggup punya. Masa tu, barulah aku beremosi."
"Boleh pulak kau macam tu?" soal saya lagi.
"Memang boleh. Aku kan lelaki... lelaki rata-rata memang macam tu. Kalau kami tak sayang pun, kami boleh kata 'sayang'. Senang macam tu... kalau tak, susah pulak nanti. Tapi kalau yang betul-betul kami sayang, kami jaga macam 'tatang minyak yang penuh.' You give the best! Bawak holiday tempat best2, bagi hadiah yang 'fantastic' ada harga, bagi segala-galanya, termasuk kasih sayang yang melimpah-limpah. Tapi... yang lain-lain ni, aku treat macam nasi lemak bungkus aje, bila nampak macam basi... aku buang aje kat dalam tong sampah. Lagipun... buat apa nak beremosi... mereka ni yang biasanya tersua-sua."
Memang dia buat perempuan macam 'sex toy', dijadikan bahan mainan sahaja. Buat suka-suka.
Adoii... tersirap darah saya ke muka mendengar kata-katanya. Rasa macam nak marah, tapi iyalah... dah lelaki memang macam tu kot. Payah nak beremosi kecuali dengan orang yang betul-betul mereka sayang. Kalau yang mereka sayang tu... harganya mesti tinggi kot. Sebab itu mungkin lelaki mampu untuk beremosi hanya dengan mereka yang betul-betul mereka cinta. Kadang-kadang, lelaki saja suka-suka untuk 'cuba' sana sini sekadar untuk 'test the market'. Bila rasa perlu campak, mereka tak fikir panjang, masa tu juga mereka mampu untuk campak!
Perempuan pula sangat berbeza. Perempuan yang punyai maruah tinggi, biasanya mereka sangat setia. Tapi bila dikhianati, mereka juga pandai membalasnya. Tapi yang penting, kalau jadi perempuan, janganlah jadikan diri alat lelaki. Memang rugi besar.
Wallahuaklam.
