Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, October 19, 2014

Jangan Obses

Assalam

Ah... ramai yang tanya saya bila nak publickan semula blog saya ni... hehe, biarlah dulu kot. Bila saya dah tak sibuk okeylah kot.

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas ni saya memang kesibukan. Kami ke Janda Baik, pergi juga menghadiri majlis aqiqah cucu saudara di Taman Tun, lepak-lepak di Pavilion, tempat favourite saya... apa lagi yang saya buat kalau bukan bershopping? Sebenarnya saya dan suami sedang buat persediaan untuk ke luar negara bulan hadapan. Kali ini, kami akan ke negara matahari terbit, iaitu Jepun. In syaa Allah kami akan ke Tokyo dan Kyoto dan bulan November negara Jepun akan kesejukan walaupun belum winter lagi. Itulah sebabnya kami kena bersedia dengan pakaian yang sesuai.

Saya juga sibuk menguruskan hal-hal kerja. Ke Janda Baik pun untuk hal kerja, cuma saya tak lama di sana. Saya biarkan yang lain-lain menguruskannya.

Okeylah... sekadar untuk mengingatkan diri saya dan anda yang saya sayang. Sekalipun mungkin kita mahu kelihatan cantik dan muda selalu, itu tak bererti yang kita perlu obses lalu melakukan apa sahaja untuk pastikan kecantikan kekal pada diri. Janganlah jadi manusia syirik kerana bila kita percaya bahawa ada kuasa lain yang besar selain daripada Allah swt, kita sedang mensyirikkan diri, nauzubillah min zalik. Jangan menjadi hamba kepada produk kecantikan yang mungkin satu hari nanti mampu memakan diri kita. Berjaga-jagalah. Memang tak salah untuk mengambil berat untuk mencantikkan diri, tapi menjadi kesalahan kalau kita obses dan melakukannya dengan mengubah apa yang Allah dah berikan pada kita.

Salam sayang.






                                                                 

                                       Ketika kami berehat dan buat kerja di Janda Baik, Pahang