Assalam
Hujung minggu yang aktif, banyak sangat halnya hinggakan tak ada masa untuk relaks. Malam ni barulah boleh relaks. Adoii...
Alhamdulillah, kami sempat buat macam-macam kat rumah. Banyak benda yang nak buat tapi asyik tertunda dan hujung minggu ni... semuanya clear, alhamdulillah. Lepas tu, tengah hari tadi kami ke area Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan kaum kerabat. Kemudiannya, kami ke Alamanda pula pergi shopping-shopping. Kami pergi beli baju melayu untuk cik abang saya dan untuk Firas dan Yusufia. Lepas tu, pergi beli hadiah untuk Taufiq kerana dalam masa beberapa hari lagi Taufiq akan berusia setahun. Syukur alhamdulillah.
Okeylah, sekadar untuk mengingatkan diri saya dan juga anda semua bahawa kita wajib menghargai waktu yang ada. Jangan biarkan masa berlalu pergi tanpa faedah. Jangan buang masa anda dengan tak berbuat apa-apa yang ada manfaatnya. Kita akan disoal nanti, jadi biarlah bila kita bertemu ajal, kita juga bersedia untuk mengadap yang maha Esa. Setiap detik dan masa kita, kita tak lupa pada Allah taala, kerana itulah kita lakukan perkara yang baik-baik untuk dunia dan akhirat. Kalau kita buat salah dan silap, cepat-cepatlah kita mohon ampun pada Tuhan, jangan biarkan diri terus-terusan hidup menghimpun dosa.
Semoga kita jaga diri dan jadilah insan yang mulia, bukan manusia yang dibenci manusia lain apatah lagi Tuhan kita.
Wassalam.
Saya dengan Firas siang tadi
Firas dan Yusufia di Alamanda

