Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, April 27, 2012

Jom Ke Pesta Buku KL 2012!


Salam pagi Jumaat semua

Saya tak akan tulis panjang-panjang hari ini sebab saya kurang sihat. Bukannya apa, tapi petang semalam saya makan yong taufu dan kebetulan agaknya ada seafood yang alah buat saya, apa lagi, jenuhlah muka dan leher saya naik ruam dan gatal-gatal. Agaknya, dua tiga hari ni saya dah kena, apatah lagi bila cuaca panas, saya memang tak tahan. Sekarang ni tak baik lagi walaupun dah makan ubat... tapi sebab saya dah janji, saya akan ke Pesta Buku KL hari ini, mungkin tak duduk lama sangat kot.

Okeylah, ini hanyalah info buat mereka yang rancang nak ke Pesta Buku KL di PWTC dan ada niat nak berjumpa dengan saya, saya akan berada di sana pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, insya-Allah. Kemudian, ada lagi pada hari Selasa (cuti umum), hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lagi. Saya TIADA di sana pada hari Isnin, Rabu dan Khamis. Untuk makluman juga, saya tak akan berada terlalu lama, mungkin sebelum lewat petang saya akan pulang. Saya akan berada di Booth KarnaDya di Dewan Tun Abdul Razak (TR3), booth 3177, 3178, 3199 dan 3200. Jadi, kalau nak jumpa saya dengan Mimie Afinie, jom ke sana. Saya juga difahamkan Ahadiat Akasha juga akan lepak-lepak di booth KD (mungkin pada hujung minggu), begitu juga 'Datin Kay', penulis persendirian. Hasif Hamsyari juga (penulis remaja KD). Seperti tahun lepas, kali ini KD juga akan terus promo buku-buku e-book, semoga anda yang tak biasa tu akan jadi biasa, insya-Allah.

Wassalam.