November di luar negara - pokok ubah warna jadi macam emas
Salam
Alhamdulillah saya sihat walaupun semalam tak update blog. Bukannya apa, saya sibuk nak siapkan manuskrip saya. Belum siap lagi tapi dah tak jauh dah, insya-Allah. Rancang saya, mesti siap sebelum akhir hujung minggu depan. Itulah yang kalut ni.
Okeylah, bila November muncul dalam kalendar kita, kita pun tahu Disember akan datang selepas itu. Bermakna tahun akan berubah lagi. Baru tadi rasanya macam awal tahun, ni dah hujung tahun... adoi... pantasnya masa berlalu.
Kebetulan juga bila November tiba, meningatkan saya hari jadi kaum famili yang jatuh pada bulan ini. Kakak saya pada 4 November, dua orang cucu saya, pada 11 dan 13 November, anak perempuan saya pada 12 November (berderet tu) dan anak sulung saya pada 24 November. Insya-Allah, pada bulan ini juga saya akan dapat seorang lagi cucu. Tarikh? tak pasti tapi dijangkakan pada akhir November.
Okeylah, saya tak boleh berlabun lama-lama (bersembanglah tu), saya nak sambung menulis. Insya-Allah panjang umur kita akan berjumpa lagi.
Wassalam.
