Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, February 12, 2007

Orang Perempuan

Syukur alhamdulillah kalau kita dilahirkan sebagai seorang anak perempuan. Perempuan telah dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang lembut dari segi zahir dan batinnya. Perempuan juga diberi martabat tinggi oleh Allah Subhanawataala, kerana itu dikatakan syurga di bawah tapak kaki ibu. Namun, sebagai orang perempuan, pandaikah kita menjaga imej kelembutan yang dianugerah Ilahi?
Saya amat kagum bila bertemu dengan anak gadis yang bercakap secara lembut, tidak galak tingkah lakunya, mesra, manja dan tidak terjerit-jerit bila ketawa. Paling saya takut kalau bertemu dengan anak gadis atau wanita yang suka mengguna bahasa kesat dalam pertuturan hariannya. Bagi saya, kalau itu berlaku, cukup memalukan kita orang perempuan.
Sebagai ibu, kalau anda mempunyai anak perempuan, didiklah mereka dari awal lagi, supaya mengekalkan kelembutan yang dianugerah Tuhan kepada mereka. Jangan biarkan mereka jadi kasar, guna bahasa kasar, dan berkelakuan yang menjelekkan. Sekalipun kita hidup dalam dunia serba moden, namun tidak perlu kita berkasar atau menepiskan kelembutan yang lahir dalam diri, kerana akhirnya, kelembutan itulah imej indah seorang perempuan!