Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, August 28, 2015

Hujung Minggu Yang Panjang

Assalam

Hujung minggu yang panjang dan kebetulan juga, hujung bulan dan pekerja semua dah dapat gaji. Jadi... pasti kecoh. Apatah lagi dikatakan ada macam-macam aktiviti pelbagai kumpulan politik dan macam-macam khabar angin yang diedarkan. Lantaklah... saya tak ambil peduli sangat. Bagi saya, orang politik semuanya sama saja, tak ada pun yang ikhlas yang mendahulukan orang lain. Masing-masing mahukan kuasa dan mahukan wang dan harta dunia! Wallahuaklam.

Selagi kita tak mendahulukan Allah swt, selagi itulah kita akan sesat-barat, tak tahu mencari jalan yang lurus. Selagi kita tak kuatkan iman tak dahulukan agama, maka tak kukuhlah hati dan jiwa. Pasti kita akan kedepankan hal dunia dan menepis hal akhirat. Kalau kita peka pada panggilan agama, pasti kita takut untuk buat tak baik di dunia ini. Wallahuaklam.

Esok malam anak saudara saya akan tiba dari Jakarta dan kami dah janji untuk membawa dia dan suaminya ke Melaka. Tak kisahlah orang nak kata apa pun, kami akan ke sana juga insyaa-Allah. Sebenarnya saya juga mempunyai sesuatu yang nak dicari di sana, jadi sambil-sambillah.

Esok siang pula, kami akan habiskan masa di Lenggeng dan kebetulan saya dah janji dengan Liza untuk ke Beranang berjumpa dengan seseorang yang dikatakan baru sahaja kemalangan. Liza adalah seorang kawan yang saya anggap sangat ikhlas.

Alhamdulillah, walaupun sekali-sekala saya akan berjumpa dengan manusia yang suka ambil kesempatan, namun Allah izinkan untuk saya juga berjumpa dan berkawan dengan mereka yang ikhlas. Liza adalah salah seorang di antara teman-teman yang menghiburkan hati saya. Ada ramai lagi yang seperti Liza yang selalu ambil tahu tentang diri ini. Tanya khabar, tanya tentang famili, tanya tentang kesihatan dan macam-macam lagi. Yang suka membaca pula akan tanya tentang buku saya. Tak pernah tak bersyukur di atas anugerah Ilahi ini. Semoga Allah swt kekalkan kawan-kawan dan rakan-rakan yang baik budi ini buat selama-lamanya menjadi sahabat dunia akhirat. Aamiin.

Semoga Jumaat ini membawa berkat dan rahmat buat kita. Aamin ya Rabbal alamin.

Wassalam.

                                                                    Tenangkan jiwa