Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, April 30, 2012

Bila Trend Jadi Fenomena

Salam

Huhu... semalam, hits kat blog saya memang tinggi. Agaknya ada yang nak tahu, Kak Aina ni betul2 dah mati ke? Atau mungkin jugak... alamak, tak usahlah cakap macam tu kot...

Anyway, pagi ni... ada permintaan yang terpaksa membuat saya ke PWTC lagi walaupun saya kata saya malas nak ke sana pada hari Isnin. Tak apalah kot sebab bukan selalu macam ni, kan? Semalam memang bestlah sebab ramai yang datang... terutama mereka yang datang setiap tahun untuk berjumpa dengan saya tanpa rasa jemu2. Ada yang memberi hadiah lagi. Alahai... terharunya saya. Semoga anda sekelian diberkati Allah SWT.

Okeylah, sebenarnya banyak benda saya nak cerita ni tentang trend dan fenomena. Perasan tak? Trend selalu berubah dan akan terjadilah satu fenomena bila trend ni bertukar. Salah satu contoh ialah hal 'agama'. Dah jadi trend orang kita hari ini syok sangat nak dengar ceramah agama daripada mereka yang dulunya pernah jadi penyanyi, pelakon atau apa-apa sahaja dalam dunia 'entertainment' dan sekarang ini dah berubah jadi 'orang alim' dan jadi ustaz atau ustazah moden. Maka, berpusu-pusulah manusia datang untuk mendengar ceramah dan kata-kata mereka, dengan harapan kalau mendapat bimbingan, akan masuklah ke syurga nanti. Kerana itulah kita dapat melihat trend yang dah jadi satu fenomena. Begitu juga dengan trend tulisan pelbagai kisah yang digemari para remaja hari ini. Kerana trend itu, maka penulis pun ikutlah trend itu, betul tak?

Agaknya, apakah yang akan datang dalam tahun-tahun yang mendatang ni? Huhu... masih ramai yang terlupa bahawa jenerasi muda sekarang ini bila besar sikit lagi, merekalah yang akan berjalan sana sini dengan 'tablet' masing-masing. Jadi... anda jangan ketinggalan, kalau dah ramai yang akan begitu 'cara hidup' nya, kita sebagai penulis jangan terlupa untuk ikut trend dan fenomena yang akan melanda kita tak berapa lama lagi! Dah bersediakah anda untuk menulis e-book? Dah tengok apa yang sedang berlaku kini? Janganlah terlupa dan ketinggalan kereta api pulak nanti. Lagi satu... jangan keliru tau? Janganlah tulis e-book main hentam2 dan biarkan orang ciplak buku kita nanti. Nak buat apa pun, biarlah dengan cara yang betul dan selamat, semoga kita semua selamat dunia dan akhirat! Wallahua'lam.

Wassalam.