Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, October 12, 2012

Duit Seciput Tapi Bertahan

                      Hanya hiasan

Salam pagi Jumaat

Semoga kita berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya.

Ada orang bertanya saya, Kak Aina tulis tentang apa pulak kali ini? Hehe... tak boleh cakap. Yang boleh saya katakan ialah kali ini juga sangat berlainan daripada yang dulu-dulu, latar belakangnya, karakter-karakternya, kerjayanya, keluarganya dan juga jalan ceritanya, tak pernah lagi saya tulis sesuatu yang begini. Semoga pembaca-pembaca saya juga turut teruja nanti. Insya-Allah. Kata orang putih, "Right now I am so into it."

Pagi ini, saya akan ke rumah jiran buat seketika, untuk meraikan 'tea ceremony' untuk perkahwinan puterinya. Jiran saya ini berketurunan Cina tetapi kerana dia dah biasa sangat dengan orang Melayu, apa sahaja yang dibuatnya, mesti kami pun ikut serta. Malam tadi dia buat majlis perkahwinan untuk semua jiran-jiran dan kami makan Chinese Muslim food. Sedap teramat sangat.

Pada pagi yang penuh barakah ini, saya ingin katakan sesuatu sekadar untuk ingatan kita semua. Kadang-kadang kita dapat banyak duit dan banyak harta, tetapi kerana tiada barkatnya, duit dan harta itu bagaikan hilang begitu sahaja. Kadang-kadang pula, kita dapat sangat sedikit, tetapi kerana barkatnya juga, yang sedikit itu dirasai macam segunung, tak habis-habis. Dalam poket mungkin ada seciput aje duitnya, tapi berminggu-minggu mampu bertahan.

Ada orang, sangat kedekut untuk memberi. Takut hartanya habis cepat. Ada tu pula, yang wajib pun tak mahu ditunaikan sekalipun lebih dari mampu. Anak isteri diabaikan, ibu bapa pula diketepikan. Duit yang ada dibuat joli supaya dapat 'happy-happy'. Orang yang begini, datang segunung pun tak ada erti, kerana yang segunung itu sekadar rupa sahaja, malangnya tak ada harga dan tak ada nilainya.

Begitulah besarnya kuasa Tuhan yang maha Esa, boleh lakukan apa sahaja buat insan kerdil seperti kita. Jadi, eloklah kita sentiasa beringat-ingat. Apa pun, tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan jangan sesekali kita takut untuk berkongsi apa yang kita ada. Lebih banyak yang kita beri, lebih besar barkatnya. Insya-Allah.

Wassalam.