Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 07, 2015

Berlakon Biar Bersungguh-Sungguh...

Assalam

Hari Isnin yang kelihatan sangat ceria, insyaa-Allah. Semoga kita diberkati Allah swt sentiasa. Aamiin.

Hujung minggu yang lepas, saya busy mengemas rumah. Namun sempat juga masak udang galah yang anak saya bawa balik dari Sabah, alhamdulillah. Syukur juga sebab dapat juga pergi wedding anak kawan suami saya. Dapat juga berjumpa dengan rakan-rakan, kebetulan ramai daripada isteri-isteri rakan-rakan suami saya mengenali diri ini. Ada yang rakan sekolah saya. Jadi banyaklah yang dapat kami bualkan. Memang seronok bila dapat berjumpa sekali-sekala.

Hari ini saya mulakan tugas seperti biasa, rutin harian. Katanya adik perempuan saya nak datang. Adik saya ni dulunya memang tinggal dengan saya bertahun-tahun lamanya, tapi sekarang dia sudah berumah tangga dan tinggal di KL.

Hari ini tak ada apa-apa cerita menarik yang saya nak kongsi... mungkin sedikit komen tentang drama Setulus Janji. Rata-rata saya okey saja, tapi kurang puas hati sangat dengan cara Azli Khairy bawa watak Dr. Ilham... tapi nak kata macam mana, kan? Tengok ajelah. Ada ketika dia ok, ada ketika dia tak fokus dan paling ketara bila ada dialog yang bunyi tak tepat... huhu. Tapi thumbs up buat Fida dan Shah Iskandar. Mereka berlakon bersungguh-sungguh.

Okeylah... wassalam.