Ini yang saya katakan pelik. Ada kedai buku (Jenis mewah) memberitahu pihak kami mereka tidak pernah menawarkan harga diskaun untuk buku-buku yang dijual di kedai mereka. Ini adalah kerana, apabila mereka meletakkan harga buku yang diberikan diskaun, buku tersebut tak dapat dijual. Pembeli tak mahu pun memegangnya. Tetapi apabila dicabut semula harga diskaun, buku itu dapat dijual dengan baik. Bukankah ini dikatakan pelik? Itu menunjukkan 'tafsiran' yang ada di kepala pembeli. Mungkin mereka berfikir yang apabila buku dijual dengan harga yang lebih murah daripada harga yang sebenarnya, itu bermakna buku itu tak berkualiti. Ini terjadi hanya di kedai-kedai buku mewah / elit.
Tetapi semasa di Pesta Buku pula, kalau kita menawarkan harga yang mempunyai diskaun yang tinggi, bertambah laku buku-buku itu. Mungkin kerana pembeli memang mengharapkan diskaun yang bagus semasa berada di Pesta Buku. Lagipun, kebanyakan buku adalah dijual oleh penerbitnya sendiri.
Dalam begitu, ada juga pihak penerbit yang berkira-kira untuk memberi diskaun yang baik. Bagi mereka, Pesta Buku merupakan tempat untuk mengaut keuntungan, kerana tak perlu beri diskaun yang tinggi seperti mana yang mereka terpaksa lakukan apabila buku diserahkan kepada pengedar. Ada juga berkira-kira kerana hendak pastikan mereka akan berjaya mengaut keuntungan untuk menanggung modal menyewa booth selama sepuluh hari Pesta Buku.
Bagi kami pula, kami memang seronok memberi diskaun yang tinggi buat semua buku-buku kami. Lagi banyak diskaun yang diberi, lagi banyak buku yang terjual. Jumlah buku yang dijual besar dan sudah tentu dapat menampung segala modal dan perbelanjaan. Lagipun... bukankah itu yang dikatakan Pesta? kami seronok melihat pembeli berebut-rebut untuk membeli buku hingga kehabisan stok! Suasana menjual buku di Pesta Buku mestilah dibuat seperti sebuah Pesta. Kalau tak ada suasana berpesta, tidaklah terasa seperti berpesta!Janganlah kita layan buku seolah-olah buku itu kaku dan membosankan. Bukankah kita mahu semua orang seronok untuk membeli buku?
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, April 29, 2009
Apa Yang Dicari?
Dalam novel yang bertema cinta, apakah yang dicari oleh pembaca? Semasa pesta buku baru-baru ini, ramai pembaca saya yang meluahkan perasaan. Kata mereka, membaca novel 'romantis' dapat memberi suatu kepuasan kepada mereka. Novel bukan sekadar tempat 'escapism' buat pembaca, tetapi novel juga dapat menenangkan fikiran pembaca, memberi inspirasi dan motivasi, juga dapat membawa perubahan kepada jiwa yang selalu tertekan. Malah, membaca novel dapat menghiburkan. Pun begitu, pembaca sering mencari sesuatu dalam novel. Apa yang dicari, ya?
Ramai yang mahu melihat luahan hati yang mungkin menyusuk jiwa. Ada yang mencari dialog 'menarik', yang bunyi macam betul-betul terjadi. Ada yang mencari isu 'unik', bukan sekadar benda biasa-biasa. Ada yang mahu melihat latar cerita yang menarik, seolah-olah mereka turut ke sana. Ada yang mencari dialog romantis, mengisi kekosongan hati, atau mampu menjadi petunjuk kepada mereka. Kata seorang pembaca kepada saya, "Bila habis saja baca, perasaan saya turut berubah. Saya menjaga kata-kata, dan kalau boleh mahu juga bersikap romantis seperti dalam novel yang saya baca."
Ada yang teruja dengan perkataan seperti 'sayang'. Mungkin itu merupakan antara perkataan yang paling 'menarik' dalam novel bertema 'cinta'.
Tapi, kata seorang pembaca pula, "Janganlah tak tentu pasal bersayang-sayangnya, sampaikan tak kena tempat. Kalau macam tu, memang bosanlah. Macam terlebih-lebih pulak. Kalau terlebih sangat, hilanglah rasa seronok untuk membaca, kerana dah terasa meluat." Katanya, romantis mestilah bertempat.

Tuesday, April 28, 2009
Yang Menarik di Pesta Buku
Oh ya... memang banyak sekali cerita pesta buku ni. Saya baru saja habis berborak dengan member yang sedang sibuk bekerja. Salah satu perkara yang menarik buat saya ialah dengan kunjungan kumpulan-kumpulan tertentu. Sebelum ini memang dah ada, tetapi tahun ini bertambah lagi.
Tahun ini bertambah ramai lagi pembaca saya yang bukan Melayu yang datang berjumpa dan membeli buku baru saya.Kata mereka, mereka memang minat dengan novel-novel saya. Ada berketurunan Cina dan ada juga India dan jumlahnya memang jauh lebih ramai daripada dulu.
Begitu juga dengan kumpulan etnik yang lain, terutama sekali yang datang dari Sabah dan Sarawak. Saya juga rasa bertuah kerana ada pembaca saya yang datangnya dari Jakarta dan Bandung. Dari negara seberang, sih! Memang tak sangka sungguh. Salah seorang daripada mereka telah bertemu saya pada tahun lepas dan membeli 'AURA CINTA'. Kali ini dia datang dan memborong semua novel saya dan Mimie Afinie. Memang menyeronokkan!
Selain daripada itu, kali ini juga, peminat saya yang memakai purdah, bertambah-tambah ramai yang datang berjumpa dengan saya. Saya sangat seronok kerana mereka dapat menghayati novel saya dan tidak terasa yang novel saya tidak Islami! Syukur Alhamdulillah.
Saya berterima kasih kepada semua.
Hari ini saya cuba untuk letakkan gambar di Yemen lagi di blog saya ini, atas permintaan pembaca-pembaca saya yang sudah membaca 'MATAHARIKU'.

Monday, April 27, 2009
Terharu
Salam semua. Pesta Buku baru sahaja selesai. Penatnya masih terasa namun kerana hati yang terlalu suka, segala perit tak terasa. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang saya sanyangi. Ada yang tak pernah 'miss', setiap tahun mesti datang berjumpa dengan saya. Ada yang baru pertama kali bertemu muka dengan saya. Sebenarnya ini merupakan detik-detik manis buat saya.
Selagi ada umur dan rezeki Tuhan berikan kepada saya, saya tak tergamak untuk menghampakan pembaca-pembaca saya. Walaupun saya bercadang untuk tidak datang setiap hari selama sepuluh hari pesta buku itu, saya memang tak tergamak untuk tidak datang. Berjumpa dengan pembaca merupakan salah satu perkara yang paling menggembirakan saya. Terima kasih semua.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan penulis, rakan-rakan publisher, teman-teman dan sanak saudara, rakan-rakan media yang tak pernah jemu membantu kami untuk mempromosi KarnaDya.Budi baik anda sekelian tak dapat saya lupakan, hanya Tuhan sahaja yang membalaskannya. Pertemuan dengan semua yang saya amat sayangi adalah detik-detik terharu buat saya. Sekalipun Pesta Buku tahun ini baru sahaja selesai, namun hati bagaikan terasa mahu sahaja masa itu diteruskan.
Saya juga ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang datang pada hari terakhir pesta buku dan tak dapat membeli 'Matahariku'. Maaf seribu maaf kerana stok kami kehabisan. Semoga anda tidak terasa hampa. Apa-apa pun, sesungguhnya saya amat terharu dan bersyukur kerana Tuhan izinkan kenikmatan ini buat diri saya. Alhamdulillah.

Saturday, April 25, 2009
Kekuatan Imaginasi
Itulah yang perlu ada pada seorang penulis novel selain daripada kebolehan untuk menulis dan kreativiti menyusun kata-kata. Daya imaginasi dapat membantu untuk menghidupkan watak-watak dan jalan cerita. Seorang penulis novel perlu merupakan orang yang kuat berangan-angan. Kalau tak pandai berangan-angan, payah untuk menghidupkan jalan cerita dan watak-wataknya. Seorang penulis novel perlu membuka mata dan melihat orang di sekelilingnya dan perlu juga membuka hati dan memahami apa yang orang lain rasa agar dia dapat melakarkannya dalam novelnya.
Friday, April 24, 2009
Teruja
Semasa di tapak Pesta Buku semalam, sempat saya berbual-bual dengan seorang guru sekolah yang datangnya dari Johor Bahru. Cikgu itu datang dengan rombongan sekolahnya dan dia telah membeli dua buah novel saya untuk isterinya. Katanya, dia juga suka membaca. Dia juga memberitahu saya yang dia sedang mencari sesuatu yang boleh membuatkan dirinya lebih teruja. Cikgu ini mempunyai ijazah kejuruteraan tetapi telah memilih untuk menjadi guru. Katanya, selain daripada mengajar, dia mahu lakukan sesuatu yang boleh membuat dirinya rasa 'dipenuhi' tetapi tak tahu apa yang patut dilakukannya. Kami berbual dan bertukar-tukar pendapat.
Saya memberitahunya bahawa dahulu saya juga pernah rasa begitu. Mahu cari sesuatu yang boleh buat diri saya lebih teruja dengan kehidupan. Alhamdulillah, saya percaya saya sudah temuinya. Bagi saya, ini sangat penting buat setiap individu. Ia tiada kaitan dengan wang ringgit sekalipun itu dapat membantu. Tetapi yang penting ialah kita dapat kepuasan dengan apa yang kita lakukan ini. Sekalipun kita terpaksa bekerja kuat, kita rasa berbaloi kerana hidup kita dipenuhi dengan perasaan yang menyeronokkan. Saya seronok apabila saya turut dapat berkongsi perasaan itu dengan orang lain.
Carilah dan penuhilah hidup anda dengan sesuatu yang betul-betul boleh membuat anda teruja.

Thursday, April 23, 2009
Baca Buku Cinta
Dalam kesibukan berpesta buku tahun ini, pihak penerbitan KarnaDya menerima banyak liputan media; dari pihak surat khabar, radio dan televisyen. Saya sendiri telah ditemubual oleh pelbagai pihak dan berbagai-bagai soalan telah diajukan kepada saya. Di antaranya ialah tentang penulisan, pembacaan, perhubungan saya dengan pembaca,mesej yang saya sampaikan dalam buku dan ada juga soalan tentang sama ada kami juga ada menulis apa-apa tentang politik! Memang menarik dan agak mencabarkan juga apabila saya disoal tanpa tahu terlebih dahulu apa yang mahu mereka soalkan. Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada semua. Tanpa pihak media, memang payah kita hendak kenalkan sebuah syarikat penerbitan kecil seperti KarnaDya ini. Alhamdulillah, bantuan mereka membantu kami.
Ada juga yang menyoal kami tentang buku cinta. Kata mereka, "Ada tak pihak lain yang mengkritik kamu kerana menerbit juga buku-buku cinta?"
Kami menjawab, "Memang ada. Tapi kami tak kisah. Kebanyakan yang mengkritik bukannya baca pun buku kami. Mereka tak tahu pun apa yang kami tulis dalam buku. Lagipun, apa salahnya kalau ada orang suka baca buku cinta? Apa salahnya kalau kita dapat tenangkan hati pembaca? Membaca adalah lebih baik daripada hiburan-hiburan yang ada di luar sana. Setidak-tidaknya hati orang yang membaca tenteram dan minda mereka bergerak aktif. Tak salah fikirkan soal-soal cinta. Cinta itu luas, bukan sekadar cinta antara lelaki dan perempuan sahaja. Orang yang fikirkan tentang 'cinta' lebih baik daripada mereka yang pura-pura tidak suka."
Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, April 22, 2009
Siapa Yang Suka Membaca?
Sekali lagi saya bawakan isu ini. Setakat ini, sepanjang masa berada di PWTC, di tapak pesta buku, dengan jelas kita dapat melihat betapa ramai kaum wanita yang mengunjungi tapak ini kalau dibandingkan dengan lelaki. Kalau sepuluh orang yang masuk ke tapak pesta, mungkin dua atau tiga orang sahaja lelaki. Ramai kaum lelaki yang berada di situ kerana menemani isteri, 'aweks' atau adik beradik mereka membeli buku. Mungkin kalau ke PC fair, lebih banyak kaum lelaki yang berada di tempat seperti itu. Itu bermakna bahawa kaum lelaki memang sah tidak suka membaca kalau dibandingkan dengan wanita. Atau mungkin, bahan yang disediakan untuk mereka memang tidak cukup banyak. Atau mungkin juga, sejak kecil ibu dan bapa tidak menyuruh anak lelaki membaca dan kerana itu, mereka tidak melihat membaca itu boleh dijadikan suatu habit yang sihat. Apa sekalipun yang kita fikirkan, saya percaya masyarakat perlu ambil berat tentang isu ini agar ia tidak menjadi sesuatu yang akhirnya nanti akan membawa kesan yang negatif buat kita semua.
Tuesday, April 21, 2009
Rezeki Tuhan Yang Beri
Dalam keghairahan berpesta buku di tapak pesta PWTC, ada macam-macam cerita yang tersebar sana sini. Antara yang menarik (atau tak menarik)ialah tentang 'sabotaj'yang kerap diperkatakan antara mereka yang ada booth di tapak itu. Biasalah... orang kita mungkin memang begitu. Kalau boleh, masing-masing nak pastikan mereka sahaja yang dapat untung, orang lain jangan! Macam-macam cara yang mereka lakukan agar rezeki hanya pergi kepada mereka sahaja. Ada pula tu, suka bertanya sana-sini, berapa banyak sudah dipungut semasa berpesta ini. Ada pula tu, dia pula yang memukul canang nak beritahu pada orang lain yang dia sudah pungut 'berlambak-lambak' semasa pesta ini.
Alahai... bukankah inilah yang dikatakan rezeki? Rezeki Tuhan yang beri. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, tak apa. Kita boleh cari, insya-Allah, tapi tak payahlah kita sibuk sana sini, nak pastikan kita seorang yang dapat bolot itu ini. Sebenarnya, lagi kita nak 'sabotaj' sana sini, lagi kurang yang kita dapat. Bukannya apa, macam yang saya sebutkan tadi. Rezeki Tuhan yang beri. Sekalipun duduk di dalam lubang, kalau Tuhan nak beri rezeki, akan dapat juga. Tak payahlah kita sibuk nak 'sabotaj' sana sini... tak payahlah kita 'gempaq' kat orang lain tentang berapa banyak kita dapat sehari, tak payahlah kita tanya sana sini, takut kalau orang lain dapat lebih banyak dari kita. Relaks and cool.

Sunday, April 19, 2009
Dalam Hati, Hanya Tuhan yang Tahu
Bunyi macam berat, kan? Tak ada apa-apa yang berat yang hendak saya lakarkan pagi ini. Sekejap lagi saya terpaksa bersiap sedia untuk ke tapak pesta buku, tetapi sebelum pergi saya hendak updatekan blog saya dulu. Sebenarnya saya hendak sampaikan betapa terharunya saya apabila diIzinkan Allah SWT untuk berjumpa dengan pembaca saya, kebanyakannya bersusah payah meredah lautan manusia di PWTC untuk mencari saya. Ramai di antara mereka yang sentiasa bersusah payah untuk bertemu saya setiap tahun. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa saya menghargai usaha mereka itu dan betapa saya bersyukur kerana mereka terus menerus menyayangi saya. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menaikkan semangat saya, tetapi penyokong sayalah yang membuat saya sanggup juga untuk ke tapak pesta sekalipun seluruh tubuh saya ini sudah rasa sakit-sakit.Merekalah yang membuat saya gembira untuk berada di situ. Tak kira siapa anda, saya hargai semuanya. Semoga Tuhan Rahmati hidup kita, perjuangan kita dan teruslah membaca. Membaca dapat merubahkan masa depan bangsa kita kepada sesuatu yang lebih cemerlang. Insya-Allah.
Friday, April 17, 2009
Anak Lelaki Anak Perempuan
Semua orang berkata yang anak perempuan hari ini jauh lebih pandai dan jauh lebih rajin daripada anak lelaki dan kerana itulah Institusi Pengajian Tinggi kita hari ini dipenuhi anak-anak perempuan sementara anak lelaki berada entah di mana-mana. Memang betul ini merupakan sesuatu yang luar dari adat biasa. Kalau kita terus biarkan, mungkin satu hari nanti, lebih ramai anak perempuan kita tak berkahwin kerana tak dapat mencari suami yang sesuai sebagai pasangan dan mungkin akan ramai anak lelaki kita akan menjadi 'house husband' kerana isteri mereka lebih berkemampuan daripada mereka.
Saya tak tahu dengan tepat mengapa fenomena ini terjadi dalam masyarakat hari ini, tetapi saya percaya anak-anak lelaki kita sebenarnya jauh lebih bijak daripada anak perempuan, tetapi kerana sistem pendidikan kita yang terlalu pentingkan penghafalan, maka ramai di antara mereka tercicir. Budak lelaki tidak suka menghafal. Budak lelaki juga lebih suka melihat gambar daripada membaca tanpa gambar. Banyak perkara yang boleh membezakan cara pembelajaran budak lelaki daripada perempuan dan kerana itu, kalau ibu bapa tak ambil kisah, anak lelaki pasti akan ketinggalan. Kalau itu yang terjadi, mungkin satu hari nanti, kita akan mengalami keadaan yang sangat berbeza dan mungkin payah untuk diperbetulkan. Fikir-fikirkanlah!

Thursday, April 16, 2009
Gosip Panas!
Siapa yang tak suka dengar gosip?
Minah bercerita pada Opah. "Betul opah, member Minah yang cerita ni." Beria-ia Minah berkata, cuba meyakinkan Opahnya itu.
"Apa nama tempat yang kamu katakan tu?" soal Opah lagi. Memang Opah tak pernah dengar nama kedai yang macam tu. Di kampungnya tak pernah ada pun kedai yang macam tu.
"Opah... kedai tu kat Paris, Opah. Bukannya kat kampung Opah. Namanya 'Louis Vuitton'. Jual segala macam jenis beg tangan kulit, aksesori pakaian."
"Nak menyebut pun aku tak tahu. Pasal apa dia beli banyak macam tu, Minah?" soal Opah lagi.
"Opah... kalau shopping sampai sebanyak 200 ribu Euro(sekitar satu juta Ringgit)di satu kedai saja, mestilah duit free, Opah. Siapa nak buat macam tu kalau duit sendiri. Beli apa saja yang matanya nampak. Orang Peranchis yang jaga kat kedai tu pun terkejut. Pak Arab yang kaya raya pun tak buat macam tu. Ni pulak orang Malaysia."
"Oih, teruknya dia. Yang aku tahu, Pak Lang kau nak mintak pinjam duit bank nak jadikan modal meniaga pun susah benar, bukan banyak pun. 200 ribu ringgit je. Sampai hari ni tak dapat-dapat. Dia boleh pulak shopping macam tu. Baru satu kedai je.Baru di Paris je, kat tempat lain macam mana pulak?" Macam nak tercekik tekak Opah, menaham geram yang datang mengganggunya.
"Nak heran apa, Opah? Kan Minah kata... member Minah yang kerja kat Paris cakap, 'VIP' ni tak kisah apa pun. Main hentam shopping je, siap bawak lagi konco2nya sekali..." Minah pun menyebutlah beberapa nama yang dikenali orang ramai di Malaysia.
"Dia tu pun ikut sekali ke Paris tu? banyak benar ke duitnya?"
"VIP tu lah sponsor, Opah."
"VIP perempuan pun macam tu jugak, ya? Dia pulak yang bawak lelaki ikut jalan-jalan macam tu?"
"Dia tu bukannya lelaki biasa-biasa, Opah... dia tak straight pun. Itu yang okey tu. Dia sama naik suka melalak-lalak kat kelab-kelab, berkareoke."
"Isy, isy... ngerinya Opah dengo. Macam ni, payahlah ya? habislah duit kita nanti." Opah memang gayat.
"Nak buat macam mana? Tapi ni memang cerita benar, Opah. Bukannya dongeng pun. Tapi kita ni nak buat macam mana, kan? Boleh bergosip sajalah."

Wednesday, April 15, 2009
Novel Cinta yang Tak 'Cintan'
Ada kawan saya bercerita yang dia selalu terbaca novel-novel cinta yang tak 'cintan' sangat. Kawan saya ni memang kaki baca novel cinta. Kalau tak cinta, dia tak boleh nak baca. Kata dia, tak boleh nak lumat. Hehehe...
Saya pun bertanyalah pada dia, apakah 'standard cintan' dia tu. Kata dia, bila membaca ada macam-macam rasa. Yang penting, ada rasa macam nak jatuh cinta juga. Habis baca, masih teringat-ingat lagi... terutama pada hero buku!
Saya kata lagi, bukankah perasaan macam itu adalah 'subjektif'? Lain orang lain pula rasanya? Mungkin pada dirinya novel itu kurang 'cintan' tapi bagi orang lain, lain pula kesannya? Mungkin dia saja yang tak suka, orang lain suka pula.
"Yalah..." katanya lagi. "Betul tu. Tapi aku tak suka novel cinta yang tak cukup rasanya. Perasaan 'jiwang' mesti ada, barulah novel tu dikatakan novel cinta. Kalau tidak, baik jangan kata novel cinta.
Saya tanya lagi, "Di Malaysia ni ada ke novel yang dilabelkan 'novel cinta'? adakah di letak di mana-mana pada kulit buku yang menyebutkan tentang kategorinya? bukankah novel Melayu di letakkan di satu tempat sahaja, tanpa kategori apa-apa? Macam mana kita nak tahu novel itu kisah cinta ke tidak?"
"Tengoklah cover dan tajuk. Tengok sinopsis di belakang." Katanya lagi.
"Masih susah. Ada tajuk tak kata pun yang itu kisah cinta. Ada cover, tak menggambarkan genrenya. Ada sinopsis tak jelas pun." Jawab saya lagi.
"Kadang-kadang tengok pengarang. Tapi sekarang ni memang banyak sangat pengarangnya. Kita pun tak tahu cara penulisan mereka."
"Eh... kenapa kau tak baca apa-apa saja? kan lagi baik daripada fokus pada satu genre saja?" Kata saya lagi.
"Alah, aku memang suka cerita 'cintan'. Cerita macam tu boleh buat aku lari daripada segala rasa stres."
"Okeylah... kau terus saja baca novel macam tu. Tapi janganlah suka merungut. Lain penulis, lainlah caranya."

Tuesday, April 14, 2009
Membaca Untuk Dapatkan 'Exposure'
Saya mula membaca novel ketika umur saya 12 tahun. Ketika itu, novel yang ada di pasaran hanyalah novel-novel bahasa Inggeris dan juga dari Indonesia. Tak banyak novel penulis tempatan. Malah, di tempat kecil seperti tempat tinggal saya, memang payah untuk dapatkan buku di pasaran. Biasanya kami berkongsi buku. Ketika saya berada di tingkatan tiga, membaca bagaikan sudah menjadi satu ketagihan. Tak boleh kalau tak baca buku! Ketika itulah saya selalu ditangkap cikgu kerana suka membaca semasa cikgu mengajar. Sekalipun begitu, ketika itu saya sudah mendapat satu 'exposure' atau pendedahan yang berbeza daripada mereka yang tak suka membaca. Ketika saya di tingkatan tiga, saya telah mengarah pelbagai drama dan program untuk lakonan di sekolah. Saya juga mengarah untuk mereka yang berada di tingkatan lima. Karangan saya, (dalam kedua-dua bahasa, Inggeris dan Melayu) selalu dijadikan karangan contoh. Saya masih ingat, guru Bahasa Inggeris saya sering menjaja karangan saya dari satu kelas ke satu kelas, hingga membuatkan saya terasa malu.
Apa yang ingin saya nyatakan ialah, kita jangan takut untuk membaca dan kita jangan hanya membaca bahan-bahan yang sama sahaja. Bacalah semuanya. Dengan cara yang begini sahaja kita akan didedahkan dengan pelbagai keadaan dan inilah yang akan membantu kita untuk meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu. Baik buruk adalah untuk kita aturkan dalam hidup ini!

Monday, April 13, 2009
Yang Terindah
Bunyi macam tajuk novel. Bukan novel baru saya (saya baru sahaja melakarkan apa yang berada di kepala - tapi belum ada tajuk). Ini sekadar sesuatu yang ingin saya luahkan kepada pembaca blog saya. Tentang apa yang saya anggap sebagai 'yang terindah' dalam hidup saya. Selain daripada perkara-perkara wajib yang saya tunaikan setiap hari (menulis merupakan antara perkara wajib yang saya lakukan kini), saya sentiasa 'look forward' untuk berjalan-jalan. Tak kiralah ke mana sekalipun. Mungkin kerana saya agak bebas kerana sudah lama tak mempunyai anak-anak yang kecil (anak saya semuanya dah besar), jadi saya tak payah risaukan tentang mereka bila ditinggalkan. Biasanya saya 'makan angin' dengan suami saya atau dengan anak-anak yang berkesempatan untuk meluangkan masa. Sekarang ini lagi menarik, kerana banyak syarikat penerbangan yang sediakan tambang istimewa. Saya selalu perhatikan dan apabila ada kesempatan, saya akan buat 'booking'. Insya-Allah, sebaik sahaja habis Pesta Buku, saya akan ke beberapa tempat yang sudah pun diuruskan. Inilah antara satu cara yang akan memberi saya ilham dan juga dapat merehatkan tubuh dan minda sambil menimba ilmu. Malah, inilah antara satu benda yang paling indah buat diri saya selain daripada menulis dan 'gardening'.
Ada satu destinasi di Malaysia yang sedang mengajak saya untuk ke sana. Tempat itu tidak jauh dari tempat saya, namun saya belum berkesempatan untuk ke sana. Mungkin kerana posisinya dan 'cerita' yang ada padanya. Pun begitu, saya sedang mengaturkan rancangan untuk ke sana, kerana ia ada kaitan dengan jalan cerita yang sedang saya lakarkan. Berjalan-jalan beginilah yang mewarnai dan mengindahkan perjalanan hidup saya. Insya-Allah akan saya usahakan selagi ada kudrat dan rezeki dan Alhamdulillah di atas segala anugerah yang diKurniakan Tuhan buat diri ini.

Sunday, April 12, 2009
Antara Seni dan Profesionalisme
Rakan saya merupakan seorang 'tuan punya' sebuah syarikat pembikinan filem. Dalam hal pengurusan syarikatnya ini, dia memerlukan banyak 'editor' (Pengedit filem)untuk membantunya. Begitu juga jurukamera, pengarah dan macam-macam lagi. Masalah besar yang dihadapi rakan saya ialah, kebanyakan editor dan petugas-petugas yang saya sebut ini, yang ditemuinya adalah orang-orang yang kuat jiwa seninya. Mereka sangat artistik. Malangnya, tak ramai pula yang sifat profesionalismenya tinggi. Kerana itu, rakan saya selalu berdepan dengan masalah untuk menyiapkan kerja-kerjanya pada masa yang ditetapkan.
Kata rakan saya,"Maklumlah... orang senilah katakan... pakaian selekeh, rambut panjang tak terurus, datang kerja tak pernah tepat pada waktunya. Mood pula ikut suka hati."
Sifat-sifat seperti inilah yang mengganggu tugasnya. Kawan saya bertanya saya pula, "Penulis pun macam tu ke?"
Saya jawab, "Terpulanglah... mungkin ada yang macam tu. Tapi saya rasa kalau ada yang macam tu, memang rugilah. Sepatutnya cinta kita kepada seni janganlah sampai mengatasi segala sifat profesionalisme yang perlu ada juga. Rugilah kalau ada seni sahaja tetapi kita tak profesional. Memang tak boleh cari makanlah... boleh syok sendiri sahaja."
Ini bukan merupakan perkara baru. Memang saya tak nafikan ramai yang terlibat dalam bidang seni tak mampu untuk menjadi seorang yang profesional juga. 'Penggunaan masa' lah yang selalu mengalahkan seseorang itu. Bukan itu sahaja, termasuk juga sikap kita yang lain-lain. Cara kita berkomunikasi, pakaian kita, ketrampilan kita... semuanya menonjolkan sifat profesionalisme kita. Malah, orang seni jangan juga bersifat macam 'budak-budak' yang tak tahu hendak bawa diri. Memang merugikan!

Saturday, April 11, 2009
Jumpa di Pesta Buku
Ramai yang ternanti-nanti musim Pesta Buku yang biasanya akan berlangsung di PWTC. Namun bagi saya, mungkin pihak penganjur harus fikirkan tempat lain yang lebih sesuai untuk menganjurkan program ini. Kita perlukan tapak yang lebih sesuai, terutama dari segi saiznya. Setiap tahun, makin banyak pihak yang ingin turut serta dalam program ini dan semakin kurang tempat yang boleh disediakan. Kerana itu juga, banyak pihak yang tidak puas hati dengan ruang yang diperuntukkan. Ada juga yang tarik diri apabila tahu yang ruang yang disediakan untuk mereka terlalu jauh atau terpencil. Malah, pihak KarnaDya juga tidak puas hati dengan tempat yang kami dapat kali ini, tetapi tak apalah... mungkin ada hikmahnya. Apa pun, kami ingin menunjukkan semangat 'sokongan' dan akan terus mengambil bahagian seperti biasa. Biar sekalipun tempat yang kami dapat kali ini tidak hebat!
Tahun ini, saya tidak bercadang untuk berada di booth sepanjang sepuluh hari pesta itu berlangsung. Saya akan berada di sana pada hujung minggu sahaja. Dari hari Jumaat sampai Ahad. Saya akan berada pada hari Isnin (20 April) di sebelah petang untuk menghadiri majlis pelancaran 'Novel Chick-Lit' satu 'joint-venture' bersama pihak Harlequin Mills & Boon, Australia dan juga pelancaran Buku-buku Mewah KarnaDya, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saya ternanti-nanti untuk berjumpa dengan pembaca-pembaca saya semua. Insya-Allah, panjang umur kita akan berjumpa.

Friday, April 10, 2009
Emas Kuning Emas Putih
Kali ini saya hendak membawa anda semua fikir-fikirkan tentang isu ini. Isu orang perempuan! Antara emas kuning dan emas putih.
Kita semua tahu harga emas sekarang ini memang dah tinggi malambung. Orang perempuan yang kaki beli barang kemas dah jadi risau kerana takut tak mampu nak beli lagi. Tapi yang betul-betul kaki, dia tak akan peduli, tinggi macam mana sekalipun, akan dibeli juga. Katanya, tak rugi beli emas ni. Kali ini, saya bukanlah nak bercerita tentang harga emas itu, saya pun bukannya kisah pun. Tetapi tentang status pemakai barang hiasan ni. Saya tak tahulah di tempat lain, tetapi di sekitar Kuala Lumpur ini, kalau anda kaki pakai emas kuning, status anda tak sama dengan mereka yang memakai emas putih! Huh! mesti ada yang marah, kan? ataupun macam tak percaya, kan? Mungkin akan ada yang berkata, "Takkanlah kot, emas kuning mahal apa,".
Tetapi itulah hakikatnya. Biasanya, pemakai emas putih, tak pakai barang kemas dengan banyak, sekadar seurat dua sahaja. Dan biasanya juga, emas putih bertatahkan berlian dan harganya pun jadi mahal kerana harga berlian yang mahal. Emas putih dan emas kuning adalah pengukur status seseorang wanita itu. Ada member saya beritahu, lagi sarat seseorang itu pakai barang kemas emas kuning, lagi 'rendah' statusnya di mata masyarakat 'kelas tinggi' di Lembah Klang ini. Aduhai...
Ada juga orang yang kaitkan dengan mentaliti seseorang itu, bukan sekadar status sahaja. Lagi banyak barang kemas yang dipakainya, lagi 'kekampungan' lah mentalitinya. Saya ketawa apabila mendengar cerita seorang teman, yang menyukat orang dengan melihat emas apa dipakai orang itu. Mungkin ada kebenarannya cerita ini, kerana kalau anda menghadiri majlis 'orang tertentu' anda akan perhatikan, mereka yang hadiri majlis itu adalah daripada golongan yang memakai emas putih sahaja! tak tahulah saya tentang kaitan 'mentaliti' dan barang kemas ini, tetapi tentang 'status' itu mungkin kita tak boleh hendak menafikannya! Fikir-fikirkanlah.

Thursday, April 09, 2009
Budak-Budak KL
Lega rasanya, sebab Internet dah okey. Insya-Allah dan Alhamdulillah. Susah juga dibuatnya bila tak ada Internet ni ya... macam patah sayap pulak!
Sebenarnya sejak minggu lepas lagi saya hendak ceritakan tentang hal ni, tetapi sebab Internet buat hal, tak dapatlah saya ceritakan. Apa yang ingin saya kisahkan kali ini ialah tentang budak-budak KL.
Minggu lepas dan minggu ini, saya telah berkesempatan untuk ke sekolah-sekolah di pusat kota raya Kuala Lumpur. Kebetulan minggu lepas, saya telah ke sebuah sekolah menengah perempuan yang terletak betul-betul di tempat strategik, dan kebetulan juga sekolah itu merupakan sekolah yang terletak di atas tanah wakaf sebuah gereja. Sekalipun begitu, lebih 70 peratus pelajarnya adalah berbangsa Melayu, selebihnya adalah mereka yang berketurunan India dan Cina. Saya telah dimaklumkan bahawa kebanyakan mereka ini adalah dari keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka tinggal di kawasan 'flat' bandar raya atau kawasan perumahan 'murah' atau kawasan setinggan. Dan sekolah itulah yang terdekat dengan mereka. Ada di antara mereka, tak ada wang untuk berulang alik ke sekolah. Tambang bas adalah terlalu tinggi, ada yang tak mampu untuk makan di sekolah. Ada pula tu, terpaksa tolong emak mereka untuk masak dan jaga adik-adik di rumah. Kerana itu juga, mereka jarang dapat pergi menghadiri kelas tambahan atau tution. Saya sendiri bertanya dengan mereka, dan ada yang bercerita kepada saya bahawa mereka tidur hanya sekadar empat atau lima jam sehari sahaja. Ini adalah kerana mereka terpaksa buat kerja membantu keluarga. Inilah keadaan hidup ramai budak-budak KL! Mungkin orang luar akan membuat andaian bahawa budak-budak KL untung sebab banyak kemudahan di kota yang disediakan. Saya juga difahamkan oleh pengetua sekolah, bahawa sekolah berkenaan sangatlah daif. Kerana bangunan itu terletak di atas tanah wakaf, mereka tidak dapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan untuk menampung keperluan bangunan sekolah. Untuk makluman anda sekelian, saya memang tak sangka langsung ada sekolah yang terletak di kota raya ini, dan mempunyai bangunan bertaraf 'heritage', tetapi sangat daif. Ini saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Bertambah malang lagi, kerana yang berada di sekolah itu adalah anak-anak bangsa kita. Sudahlah mereka ini merupakan anak-anak orang yang berpendapatan rendah dan tak ada kemudahan yang baik-baik di rumah, di sekolah pun masih mereka menerima 'denda' yang sama. Sekolah mereka tak sama dengan orang lain yang dapat ke sekolah bertaraf 'smart', bestari... entah apa-apa lagi! Aduhai... kesiannya saya melihat mereka.

Wednesday, April 08, 2009
Rindunya!
Salam rindu kepada semua!
Memang saya rindu teramat sangat sebab dah lama benar tak dapat nak update kan blog saya ni. Apa nak buat, bukan saja-saja tak nak update tapi Internet kat rumah ada problem. Masih ada problem lagi. Dah lapan hari. Dah beritahu TM, depa kata ada peroblem cable fiber optic kat area kita orang. Alahai... punya nak canggih, tapi bila ada problem sampai macam ni punya lama pun masih tak boleh dibetulkan.
Ada pembaca (followers) blog yang dah merungut kata rindu tak dapat baca entri Kak Aina. Alahai, sayang... Kak Aina pun rindu. Hari ni tumpang sekejap kat ofis KarnaDya, ni yang dapat tulis sekejap ni. Actually Kak Aina dalam perjalanan nak beri ceramah di sebuah sekolah di kawasan Cheras. Kebetulan memang Kak Aina busy... tapi tak apalah, kalau tak busy pun boring jugak.
Alhamdulillah... ramai jugak yg dah baca Matahariku... ada yang jatuh cinta dengan heronya, ada yang syok pulak dengan heroinnya. Apa-apa pun, yang mana belum baca... pergilah cari dan baca! Kalau nak cari hero yang macam dalam novel tu... hehehe... nanti Kak Aina carikan ya? memang ada pun!
Wassalam...

Subscribe to:
Posts (Atom)