Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, August 29, 2016

Macam Biasa.

Assalam

Macam biasalah, bila hujung minggu sahaja, saya pun banyak aktiviti.

Hari Sabtu, saya dan cik abang saya, kami menghabiskan masa di Lenggeng. Suami saya sedang siapkan reban untuk angsa dan itik kami. Angsa tu kena ada reban sebab rajin betul bertelur. Kebetulan sekarang ini kami ada 10 ekor angsa. Ada juga itik serati, ayam turki, ayam katek, ayam jambul dan ayam kampung. Semasa suami saya sibuk bekerja di luar, saya pula mengemas di dalam rumah. Lepas tu saya rehat-rehat. Kebetulan hari Sabtu lepas cuaca mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang nikmat berada di Lenggeng.

Hari Ahad pula, awal pagi lagi kami dan menghala ke Selatan sebab ada perasmian projek suami saya. Selesai function, kami drive ke Nusajaya, Puteri Harbour, Pontian dan Kukup. Dah lama tak ke sana dan kebetulan musim buah, apa lagi kami pun ambil kesempatan untuk makan buah durian. Memang terbaik. Lepas tu singgah makan tengah hari makan asam pedas. Juga terbaik.

Hari ini, mula dengan aktiviti biasa, mengemas di luar dan di dalam rumah. Petang nanti kami nak ke Lenggeng. Hari Merdeka ada kawan-kawan nak ke rumah kami di Lenggeng. Jadi... biasalah, kami celebrate lagi!


                                                Nak try buat benda-benda ni kat Lenggeng