Ramai yang sibuk nak tengok klon Azree Khairi di blog saya ni... huhu tengoklah. Ada yang letak blog saya ni di forum tertentu weh... tak apa, tak kisah deh!
Saya baru aje balik melepak dengan kawan baik di Bangi. Lama tak keluar dengan dia, masa pesta buku tu dia pula ke Pulau Langkawi... apa-apa pun, memang seronok hang out kat Bangi tu!
Okeylah... saja nak kongsi cerita dengan pembaca semua. Malah, dah berkali-kali cerita serupa ini saya bentangkan kat blog saya ini. Tapi tak apalah, tak rugi kot kalau baca sekali lagi.
Ini adalah tentang hikmah. Biasanya, kita akan merungut bila kita diuji Allah SWT. Kita rasa takut, meradang mungkin, geram, sedih dan macam-macam yang datang pada diri kita ketika musibah datang menguji kita. Subhanallah. Memang itulah perasaan manusia, sekali pun kita mahu meredhainya, rasa terkilan akan terus tersepit dalam jiwa. Sakit hati mungkin, walaupun kita tidaklah marah pada Allah SWT. Tetapi apa sahaja yang kita lalui dalam hidup ini adalah ketentuan-Nya. Jadi... bila kita diuji, semestinya Allah menyayangi kita, kerana tanpa diuji, iman kita tidak diketahui kedudukannya.
Pun begitu, kalau kita tetap dengan rasa sabar, kita akan merasai hikmah setelah diuji. Kadang-kadang hikmahnya adalah nikmat yang susah hendak digambarkan. Ada ketika, Allah curahkan nikmat yang jauh lagi hebat daripada kekecewaan yang kita rasa ketika diuji itu, Allahuakbar! Betapa Allah menyayangi kita hamba-Nya. Kadang-kadang kita tak tahu mengapa kita diuji, namun setelah nikmat datang, barulah kita sedar akan hikmah di sebalik ujian yang menimpa kita. Alhamdulillah.
Jadi... fikir-fikirkanlah...
Wassalam
Masa Book Fair