Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 13, 2014

Mencari Sang Adam


                                                               sekadar hiasan

Assalam

Semoga anda berbahagia pada hari Ahad ini. Saya masih kesibukan menulis skrip. Adoiii... tension sungguh. Semoga Allah SWT berikan kekuatan dan kesabaran untuk saya menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan, insyaa-Allah.

Saja-saja nak bercerita pada anda tentang apa yang teman saya ceritakan. Katanya pada saya, "Eh, I bosan betul lah dengan minah ni..."

"Minah mana pulak?"

"Adalah seorang minah ni... I memang dah lama jugak kenal dia. Sekarang ni dia dah jadi ibu tunggal... dah banyak tahun jugak. Umur taklah tua... boleh dikatakan mudalah... tapi ya Allah..."

"Hah, kenapa?"

"Sibuk betul dia ni... pantang jumpa I. Kadang-kadang dihantar mesej. Dia suruh I carikan 'lelaki' yang mahu jadikan dia isteri. Desperate sungguh."

"Oh ya? Ni nak cari 'Sang Adam' lah ni..."

"I tak kisahlah... tapi yang tak sanggupnya dia ni gedik sangat. Lelaki mana nak jadikan dia isteri kalau tergedik-gedik macam tu?"

"Isy!"

"Betul ni. Dia tak tahu nak cakap benda lain. Asyik nak suruh carikan suami untuk dia. You nak tahu... dia ni, kalau bagi laki orang pun dia sanggup, walaupun suami orang tu bukan serius nakkan dia... nak buat main-main aje!"

"Apalah..."

"Betul ni. I pun hairanlah... kenapa dia tergedik-gedik macam tu. Muka tak malu sungguh! Dah tu... bukannya cantik mana pun, tak padan dengan kegedikannya. Nampak dari luar, macam okeylah... macam minah baik, tapi ya Allah... perangai dia... nauzubillah. Kalau dia hantar mesej, bunyi macam orang gatal. Bunyi macam orang kemaruk. I pulak jadi geli. Nak tolong pun rasa macam tak sanggup."

"Adoiii..."

"Itulah... kenapalah dia tak jaga maruah dia. Kalau dia pandai, tak tunjuk kelakuan dia yang tergedik tu, adalah harapan untuk I nak tolong. Tapi macam ni... siapalah yang sanggup nak kahwin dengan dia..."

Okeylah... tak kiralah kita nak cari Sang Hawa atau Sang Adam, biarlah  muhasabah diri kita dulu. Betulkan semua yang agak kurang, sebelum nak cari orang yang mahu pilih kita jadi isteri atau suaminya. Kalau kita tak pandai jaga akhlak, macam manalah orang lain nak hormati kita, kan? Mesti orang akan buat kita jadi barang mainan sahaja. Bila dah bosan... campak aje!

Okey, everybody... take care!

Wassalam.