Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, August 21, 2015

Betulkah Syaitan Sukakan Wanita?





Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah swt melindungi kita dunia akhirat.

Semalam, saya banyak melayari Internet kerana sedang buat research di atas projek penulisan saya. Saya sempat membaca sebuah blog tentang agama Islam dan bagi saya apa yang diperkatakan itu sangat menarik dan ada betulnya.

'Islam memandang wanita sebagai makhluk yang sangat special dan bahkan memberikan satu surah dalam Al-Quran untuk wanita. An-Nisa. Rasulullah berkata bahawa makhluk yang harus kita cintai setelah Allah SWT dan Rasulullah adalah: Ibu, Ibu, Ibu, barulah Ayah. Itu menunjukkan apresiasi yang sangat tinggi yang diberikan oleh Islam kepada wanita.'
Namun wanita seringkali dibuat sebagai senjata yang Maha Dahsyat oleh Syaitan Laknatullah untuk meluluhkan kehebatan iman seorang lelaki.
Dalam sejarah, syaitan mengakui kepada Nabi Musa AS bahawa jalan utama syaitan dalam merasuk dan memperdaya manusia ada 3 :
ketika Solat, ketika marah, dan melalui wanita.
Kalau anda seorang wanita, pastikan anda tidak menjadi laluan syaitan untuk merasuk dan memperdayakan sang lelaki atau wanita lain! Nauzubillah min zalik.
Sungguhpun kita sering beranggapan bahawa wanita itu lemah mungkin dari segi fizikalnya. Namun, lelaki jauh lagi lemah bila godaan syaitan yang kita perkatakan. Mungkin kerana itulah syaitan mengguna 'wanita' sebagai laluannya untuk merosakkan lelaki.
Lelaki mudah jadi lemah dengan kata-kata perempuan (mungkin tak ikhlas pun), tetapi memang kita akui ada lelaki yang mudah bersimpati walaupun mungkin dia tidak tertarik pada wanita berkenaan. Namun kerana 'rayuan' dan godaan, lelaki mudah terjunam dalam kancah 'jahanam'!
Saya berasa gerun dengan apa yang saya baca itu. Maklumlah saya juga seorang wanita. Semoga diri saya, anak dan cucu serta kaum kerabat, tidak diguna syaitan untuk dibuat laluan. Betapa sedihnya diri ini kalau tersedar bahawa kita menjadi mainan syaitan untuk merasuk fikiran dan merosakkan iman insan lain. Ya Allah, ya Tuhanku, Kau jauhilah aku serta anak cucuku daripada syaitan dan iblis. Aamiin.
Okeylah... tengok tak statement kat atas tu?
Mungkinkah ini terjadi pada kita?
Kita sibuk tergila-gilakan orang yang tak suka pada kita, tapi terlupa pula untuk menyayangi mereka yang ikhlas sayangkan kita. Renung-renungkanlah.
Wassalam.