Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, February 21, 2015

Dah Pernah Ke Fort Supai?

Assalam

Hari ini ada dua majlis perkahwinan, satu tengah hari dan satu lagi malam nanti, insyaa-Allah, kami akan cuba hadiri kedua-duanya.

Semalam, kami 'had a fantastic time'. Memang kami rancang untuk ronda-ronda sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, tetapi suami saya buat cadangan lagi, katanya, "Jom kita makan seafood dan ajak Faiz sekali." Sebenarnya banyak kali kami makan seafood di luar dan setiap kali ajak Faiz (anak sulung saya), dia tak dapat hadir sekali. Jadi kebetulan semalam kami free dan dia juga free, kami pun pergilah ke arah Melaka.

Nabil (anak bongsu saya) cuba hubungi rakan baiknya yang juga merupakan orang Melaka dan bertanya pada kawannya, di mana kami boleh makan seafood yang best. Kami memang biasa ke Melaka untuk makan seafood, tapi selalunya kami ke area Umbai, kali ini malas nak menyeberangi bandar Melaka, takut sesak jalan rayanya. Jadi kawan anak saya rekomen satu tempat baru yang kami tak pernah pergi. Kebetulan tempat itu tak jauh dari sempadan Negeri Sembilan. Kami pun memandu mengarah ke Linggi. Pada mulanya kami masuk Simpang Ampat dan menuju ke arah Masjid Tanah dan Alor Gajah, sempat lepak dan makan mi Bandung. Hampir matahari jatuh, kami pun bergegas ke kawasan Fort Supai, tak jauh dari Kuala Linggi. Kami ke Restoran Terapung Fort Supai.

Memang tempat itu sangat menarik. Sementara tunggu makanan yang kami pesan siap, kami pun naik ke Fort Supai untuk melihat dari atas bukit. Sangat-sangat interesting. Kami juga sempat merakamkan suasana di situ ketika matahari terbenam. Beautiful sunset scene. Di tempat itu disediakan surau, jadi tak ada masalah apa-apa. Semasa kami mula menjamah makanan, ada band yang mainkan lagu-lagu merdu. Si mamat yang menyanyi tu memang pandai menyanyi dan kebetulan dia banyak menyanyi lagu-lagu Ketuhanan ciptaan arwah kawan saya, Zubir Ali. Sangat cooling dan mententeramkan hati.

Makanan juga sangat enak. Kalau anda tak tahu nak ke mana di hujung minggu, cubalah ke sana. Tempat itu sangat sesuai untuk family gathering. Tempat ini tak jauh dari Port Dickson.

Wassalam.

                                        Ketika matahari mula terbenam di Restoran Terapung
                                                      Dari atas Bukit Fort Supai
                                                 Meriam lama di atas Bukit Fort Supai
                                                            Matahari terbenam
                                                Ambil gambar di atas Bukit Fort Supai
                                                               Scenic Scene